Thursday, November 27, 2008

Sempat kah episod 1

Sempatkah?

Keadaan sayu,sunyi dan sepi menyelubungi semua pelajar tingkatan lima serta guru-guru Kolej Tamrin. Sayup-sayup kedengaran bunyi talkin dibacakan.Seraya terasa diri disindir oleh soalan-soalan yang dibacakan. Bagaimanakah keadaanku jika aku yang berada di dalam liang lahad itu. Seorang manusia telah kembali ke rahmatullah,dia juga seorang kawan. Seluruh Kolej Tamrin terasa akan kehilangannya. Pengalaman bersamanya tidak mungkin dapat dilupakan,walaupun baru setahun bersama.

Setahun sebelum itu……

“Man,esok punya rancangan macam mana?”suara Rafiq memecah kesunyian prep pada malam itu.
“Esok,semua fasi mesti bagi tazkirah untuk budak-budak baru tingkat 4. Bermaksud…. termasuk kau sekali yang akan beri tazkirah,” Lokman menerangkan dengan jelas. Nyata suaranya menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain.
Lokman merupakan pelajar yang cemerlang di Kolej Tamrin. Lokman amat disenangi dalam kalangan pelajar mahupun guru-guru Kolej Tamrin. Sikapnya yang peramah dan mudah mesra serta pertuturan yang lemah-lembut telah memikat hati guru-guru malah menambat hati kebanyakan pelajar perempuan di Kolej Tamrin.
“Betul ke esok semua fasi mesti bagi tazkirah kepada ahli kumpulan sendiri?”
“Betul,wajib la Fiq. Tajuk tazkirah is up to you. Tapi pilih something related.”
“Okey,esok pukul berapa turun dari asrama,Man?”
“Esok kau kena tolong aku kejutkan semua putera tingkatan empat. Pukul 3.30 pagi kita gerak. Nak buat qiamullail.Boleh?”
“Boleh,tapi make sure kau kejutkan aku dulu. Dresscode macam mana?”Rafiq bertanya tentang pakaian untuk qiamullail.
“Anything,tapi wajib berkain dengan kopiah.”
* * *
‘Assalamualaikum warahmatullah,assalamualaikum warahmatullah’
Jemaah yang lain mengikut imam memberi salam. Solat hajat telah selesai. Jam menunjukkan pukul 5.15 pagi. Lokman bangun ke depan untuk memaklumkan sesuatu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam abang Lokman!”
“Baik,seperti yang semua maklum kita baru selesai menunaikan solat hajat.Jam baru pukul 5.15,jadi abang tak mahu kamu semua tidur. Ambil al-Quran dan baca.Bersiap sedia untuk solat subuh. Siapa yang belum lagi menghafal surah-surah wajib hafazan,boleh teruskan menghafal. Kemungkinan minggu ni saya dan pelajar form 5 yang lain akan buat semakan. Faham?”
“Baik,faham!”
Seperti yang diarahkan,mereka mula bergerak dan menuju ke rak al-Quran.Suasana sunyi pada pagi itu kini dipenuhi bacaan ayat-ayat suci. Bintang-bintang seolah-olah memancar dengan terang seolah-olah menunjukkan kegembiraan mendengar bacaan kalamullah.
* * *
Kini sudah masuk bulan September. Pemilihan pengawas bagi tahun hadapan perlu dilaksanakan,dan semuanya di bawah tanggungjawab Lokman.
“Lokman,cikgu percaya pada kamu. Selama ni kamu banyak membantu cikgu……”Cikgu Azrai,cikgu disiplin Kolej Tunas berkata.“Tak ada apalah cikgu,dah tanggungjawab saya.” jawab Lokman ikhlas. “….sekarang cikgu serahkan 100% pemilihan pengawas untuk tahun depan ke tangan kamu. Tapuk kepimpinan pelajar tahun hadapan terletak di tangan kamu.”
Lokman perlu melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya. Pengumuman tentang pemantauan tingkahlaku pelajar untuk pemilihan pengawas telah dibuat. Kini,hanya langkah pemilihan dan temuduga sahaja yang belum dilaksanakan.
* * *
“Aku dah pilih budak-budaknya.Man,ni senarai nama calon yang terpilih untuk temuduga.”dengan pantas Lokman mencapai sehelai kertas yang dipegang oleh orang kanannya,Rafiq.”Hmm,semuanya aku dah pantau.Lebih kurang sama dengan pilihan aku. Tapi,aku ada seorang tambahan…”persoalan mula bermain di kepala Rafiq. Siapa lagi seorang calon? “…..namanya Zahra”. Zahra merupakan rakan karib Rafiq yang muda setahun dari Rafiq. Wajah Rafiq jelas menunjukkan yang dia kurang bersetuju dengan pilihan Lokman. Ini kerana Rafiq hubungannya telah renggang sejak insiden yang berlaku ke atas mereka. Malah,mereka seolah bermusuhan.
“Aku tahu kau takkan bersetuju dengan pilihan aku Fiq. Tapi aku rasa dia ada banyak kelebihan untuk tahun hadapan.”
“Baiklah,kalau macam tu. Aku tak boleh mementingkan perasaanku.”
* * *
“Baiklah,sebut nama anda.”
“Nama saya Zahra Bt Musa.” mata Rafiq menuju tajam ke arah Zahra. Dendam dahulu masih belum telerai . “Zahra , anda rasa anda layak untuk menjadi pengawas?”
“Hemm,saya rasa … saya ada aura tersendiri. Ramai yang senang dengan diri saya,jadi saya rasa tak ada masalah untuk menegur mereka.”jawabnya selamba.
“Jadi,awak tak kisah kalau kawan-kawan awak pinggirkan awak? Sebab awak perlu melaporkan segala kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Ini satu tanggungjawab yang amat berat.” Rafiq mencelah temuduga. “……saya sanggup,jika saya terpilih bermakna saya boleh lakukan.”
“Baiklah,kalau begitu terima kasih.Sampai sini sahaja temuduga awak. Keputusan akan saya beritahu minggu hadapan.” Lokman mengakhirkan temuduga.
Zahra meninggalkan bilik pengawas. Rafiq masih lagi kelihatan marah.
“Fiq,jom minum. Aku ada hal sikit nak cakap.Kita bincang masa di kantin nanti.”

0 conteng tangan:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management