Friday, November 28, 2008

Di mana Kasih Sayang? episod 2

Persoalan yang terjawab hanyalah,pencuri itu dalam kalangan pelajar puteri juga.Kerana pelajar putera tidak melaporkan sebarang kehilangan duit.
Semua ahli lembaga kepimpinan asrama puteri dipanggil untuk penyiasatan dan juga mencari pencuri mahupun yang bersubahat.
“Baiklah,saya mahu kamu semua binakan satu jadual pengawasan untuk setiap aras dan blok.Bermakna yang bertugas akan berjaga sehingga pukul tiga pagi,disamping mengawasi sesiapa sahaja yang belum tidur.”Cikgu Azrai memberikan arahan.
“Makudnya cikgu,jika semua pelajar sudah masuk tidur sebelum pukul tiga kami boleh masuk tidur?”Nami bertanya untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.
Keadaan asrama sunyi sepi.Jam menunjukkan angka 2.30 pagi.Asrama mula kelihatan gelap.Hanya lampu base ground sahaja yang menerangi seluruh aspuri.Rasa mengantuk mula membaluti pengawas-pengawas yang bertugas pada hari itu.Nami kini mengatur langkah untuk ke kamarnya.Tiba-tiba dia terlihat kelibat yang mencurigakan.Perasaan takut meresap di hati Nami.Berbagai persoalan yang timbul dalam kepala Nami.Pencerobohkah?Hantukah?Tetapi perasaan ingin tahu mengatasi perasaan takutnya itu.Perlahan-lahan Nami mendekati bayang-bayang kelibat itu.
Tap!
Lampu dipasang.Nami terkejut oleh apa yang dilihatnya.Seolah-olah tidak percaya apa yang ada di hadapan matanya.
* * *
“Kenapa kamu sanggup buat macam ni?Cikgu tak sangka kamu sanggup buat perkara sebegini.”Cikgu Azrai meluahkan nada kekesalan. “sejak kamu masuk dulu cikgu tak nampak apa-apa masalah pada diri kamu.Kenapa sekarang lain?”
Nami yang berada dalam bilik warden juga menunjukkan wajahnya yang kesal seribu kali kesal.Dia tidak menyangka rupanya masih wujud manusia seperti pagar makan padi.
“Esok saya akan panggil ibubapa kamu datang ke sekolah.Apa-apa kamu beritahu saja dengan ibubapa kamu.Faham!”
Wajah Ayumi tidak menunjukkan sebarang kekesalan.Apa agaknya yang difikirkan Ayumi.
* * *
Keesokan harinya,ibubapa Ayumi datang seperti yang diberitahu oleh Cikgu Azrai semalam.Selepas berbincang seketika dengan Cikgu Azrai,Ayumi dijemput masuk ke dalam bilik warden.
“Kenapa kamu buat macam ni Ayumi?”Encik Yosuke memulakan bicara.
“Ayah tanya kenapa?”
“Ya,kenapa kamu buat macam ni?Kenapa kamu mencuri duit pelajar-pelajar lain?Tak cukupkah selama ni yang ayah berikan?”Encik Yosuke meneruskan kata-katanya.
“Cukup ayah.Lebih dari cukup yang ayah berikan.Tapi,bukan itu yang saya mahu sekarang.”
“Apa maksud kamu?Apa lagi yang kamu nak?”Encik Yosuke masih tidak faham kehendak anaknya itu.
“Apa yang saya nak?Saya tak nak banyak ayah,saya tak nak kemewahan ni semua.Saya nak kasih sayang.Kasih sayang dari ayah dan emak.ayah tak terfikir ke semua ni?....”
kata-kata Ayumi kena tepat pada sasarannya.Encik Yosuke tersentak.
“Cuba ayah kira,berapa kali ayah datang melawat saya?Yang saya ingat hanya pada awal tahun hari pendaftaran.Balik cuti pun saya balik sendiri.”Ayumi menyambung kata-katanya.
“Saya dihantar ke asrama seolah-olah ayah menghantar saya ke rumah kebajikan.Saya iri hati dengan pelajar yang lain.Ibu bapa mereka selalu datang menjenguk mereka.Tetapi,saya…”air mata Ayumi jatuh berlinangan.Sekarang Cikgu Azrai sedar.Tidak semua yang kaya hidup bahagia.Semuanya berlaku di depan matanya sendiri.Cikgu Azrai tidak menyalahkan Ayumi,dia hanyalah mangsa yang ingin membetulkan keadaan.Cuma caranya tidak kena pada tempat.Kekesalan mula timbul pada riak wajah ibubapa Ayumi.Ternyata mereka silap mentafsir hidup,mereka hanya mengejar kemewahan.Tanpa memikirkan anak-anak yang menagih kasih sayang dari mereka.
“Maafkan ayah,Ayumi.Selama ni ayah abaikan kamu,”kini Encik Yosuke faham erti kehidupan.Kehidupan tidak bermakna tanpa kasih sayang.Remaja biasanya tidak mahukan harta,mereka juga tidak mementingkan kekayaan.Apa yang penting bagi mereka Cuma kasih sayang.Kekayaan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.itulah yang diharapkan
“Baiklah Ayumi.Boleh Cikgu tanya,mana kamu simpan duit rakan-rakan kamu?”
“Ada cikgu,saya tak gunakan pun.Saya buat begini supaya ibubapa saya datang ke sekolah.Duit tu ada dalam loker saya.”
“Kalau macam tu,saya nak semua duit-duit itu sekarang…”
“Baik cikgu!”
Ayumi meninggalkan bilik warden dengan perasaan sedikit gembira.
“Cikgu,saya minta maaf cikgu.Selama ni saya abaikan tanggungjawab saya sebagai ayah.”Encik Yosuke sekali lagi melahirkan rasa kekesalan.
“Tak mengapa encik.Beginilah,encik elalulah datang melawat Ayumi.Saya lihat Ayumi bukan budak yang tidak elok.Saya pun hairan mengapa dia sanggup berbuat begitu.Tapi sekarang semuanya sudah terjawab.”Encik Yosuke mengangguk faham.
“Saya minta tolong satu perkara sahaja Encik Yosuke.Berilah lebih perhatian kepada anak tunggal encik.Dia ada potensi untuk jadi lebih cemerlang.Tolonglah encik”
“Baik cikgu.Terima kasih Cikgu.”
Bukan semua senang dengan kesenangan.Tidak semua gilakan kekayaan.Luangkanlah masa dengan keluarga tercinta.Itu lebih bermakna dari seribu permata.

Di mana Kasih Sayang? episod 1

Suasana di Kolej Harajuku kelihatan sunyi. Hampir semua pelajar-pelajarnya mulai mengantuk. Masing-masing tidak berminat dengan apa yang disampaikan oleh guru mereka. Jam menunjukkan ke angka 12.15. Guru-guru yang sedang mengajar mula mengeluh. Tapi tidak di makmal bahasa.Cikgu Rose yang mengajar subjek Bahasa Melayu cuba menukar kaedah pengajaran bagi menarik minat dan perhatian anak-anak didiknya. Wajah pelajar-pelajarnya ditatap dengan penuh kesungguhan.
“Baiklah,sekarang saya mahu bincangkan tajuk karangan yang saya berikan minggu lepas. ‘Kebaikan di sebalik kegawatan ekonomi’.Ada sesiapa yang hendak memberikan pendapat?”nyata suara Cikgu Rose yang lantang menarik perhatian pelajar-pelajarnya.
“Kegawatan Ekonomi memberi peluang kepada semua orang supaya bekerja lebih tekun bagi memenuhi keperluan seharian.”Yosuke diantara pelajar yang memberikan pendapat. “Bagaimana pula dengan awak Nami?”Cikgu Rose dapat melihat keceriaan di wajah pelajar-pelajarnya.
“Terdapat banyak kebaikan di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda.Ia dapat mengajar nilai setiap ringgit yang kita miliki dan mengembalikan sifat berjimat cermat dalam kalangan masyarakat kita.Kerana terlalu mewah,remaja kini mulai boros.tetapi apabila kegawatan ekonomi melanda kita,kita akan lebih bijak berbelanja.”pendapat Nami yang panjang lebar mendapat sorakan dari rakannya.
Cikgu Rose berasa gembira melihat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar-pelajarnya.
“Sensei(Cikgu),saya tak bersetuju dengan pendapat tadi.”seluruh kelas kini memandang Ayumi. Ayumi yang jarang sekali bersuara,kini tiba-tiba memintas pendapat rakannya.
“Ya,Ayumi.Apa pula pendapat awak?”
Ayumi bangun dari kerusinya. “Pada pendapat saya,tidak ada something yang positive di sebalik kegawatan ekonomi.”kini Ayumi sekali lagi menjadi perhatian rakan-rakan kelasnya dengan pendapat yang menampakkan perbezaan ketara.Tidak seorang pun boleh menduga Ayumi yang begitu senyap dan dianggap misteri boleh mengemukakan pendapat seperti itu.
“Baiklah , semua orang berhak menyuarakan pendapat.Tetapi apa maksud kamu?”Cikgu Rose terus mencungkil pendapat Ayumi.
“Contohnya,sebelum negara kita dilanda kegawatan ekonomi semua orang bertungkus lumus mengejar kemewahan dan mengaut keuntungan.Apabila kegawatan ekonomi melanda,mereka tetap terus mengejar kemewahan kerana takut kerugian dan kemiskinan akan melanda mereka.Kerana itu,ada yang mementingkan kemewahan lebih dari segala-galanya.Dalam hal ini,anak-anak dan keluarga mereka akan menjadi mangsa.Yang menjadi perhatian hanyalah kepentingan kerja hinggakan anak-anak terabai.Oleh itu,dimana kebaikannya?”
Ayumi terus duduk dengan muka yang muram kembali. Pendapat Ayumi nyata berbeza. Kedengaran bisik-bisik halus dalam kelas Osaka. Ada yang tidak berpuas hati dengan pandangan yang diberikan Ayumi.
Kring!!
Loceng akhir persekolahan kedengaran di seluruh Kolej Harajuku.Pelajar-pelajar kelas Osaka meninggalkan bilik darjah mereka dengan perasaan puas.Walaupun wajah mereka dibaluti keletihan,namun mereka benar-benar gembira dengan perbincangan sebentar tadi.
Termasuk juga Ayumi dan Nami , dewan makan seakan-akan memanggil mereka dengan perut yang lapar.Begitulah rutin harian pelajar-pelajar Kolej Harajuku.Selepas penat belajar,perut perlu diisi untuk meneruskan aktiviti mereka.Jam menunjukkan angka 2.00 petang.Selepas makan dan menunaikan solat Zohor,langkah di atur menuju ke kelas untuk prep petang . Muka Ayumi yang kelihatan mencuka sejak perbincangan bersama Cikgu Rose di kelas tadi telah menimbulkan tanda tanya dalam diri Nami.
“Ayumi?Kau tak sihat ke?...”Nami memulakan perbualan. “….Tadi masa makan tengah hari pun kau makan sikit.”
“Aku sihat,Cuma letih sedikit,”jawab Ayumi bersahaja.
“Kau teringatkan seseorang barangkali?Manalah tahu…”Nami menyambung dengan usikan.
Jauh dalam hati Ayumi ternyata dia teringatkan seseorang.Teringatkan keluarganya yang tercinta.Seribu kekesalan timbul di hati kerana dia dilahirkan dalam keluarga yang berada.Hanya kaya pada harta,tidak pada kasih sayang keluarga.Ah!Kenapa nak sedih-sedih lagi.Selama ini ibubapaku memang jarang sekali melawatku.Ayumi bisik sendirian.
* * *
Hujung minggu kini muncul.Hari yang paling ditunggu seluruh pelajar Kolej Harajuku.Tetapi tidak bagi Ayumi,cuti hujung minggu amat tidak digemarinya.Waktu ini,dia hanya akan menjenguk keluar dari biliknya melihat rakan-rakannya bergembira bersama keluarga.Tanpa sedar hatinya tersentuh.Selama dia bersekolah di Kolej Harajuku,ibubapanya hanya datang melawat pada awal tahun hari pendaftaran.Iri hati mula tumbuh dalam hatinya.Dia inginkan dirinya diberikan kasih sayang seperti rakan-rakannya yang lain.” Apakah salahku “… bisik hati Ayumi.
* * *
“Cikgu,duit saya hilang,”Nami memberitahu Cikgu Azrai,yang merupakan ketua warden di Kolej Harajuku.
“Hilang?Kamu letak di mana?”
“Saya letak dalam dompet,tapi dompetnya saya letak bawah katil semasa saya tidur.”
“Macam mana boleh hilang?Berapa ringgit yang hilang?”Cikgu Azrai mengumpulkan maklumat.
“Dalam RM150 cikgu.Duit tu untuk perbelanjaan saya sampai bulan depan.”
Dari jauh,kelihatan beberapa pelajar perempuan yang tergesa-gesa datang ke bilik ketua warden.
“Cikgu Azrai,duit kami hilang!”Ayumi memberitahu dengan nada yang menunjukkan seribu keresahan.
“Hilang juga?”
* * *
Asrama puteri Kolej Harajuku masih diselubungi misteri.Dalang kejadian ini juga masih misteri.Hampir semua pelajar puteri kelas Osaka dan Tokyo kehilangan duit.Yang menjadi persoalannya,dompet mereka diletakkan di tempat yang tidak diketahui.Hanya pelajar yang rapat dengan mereka sahaja yang mengetahuinya.

Thursday, November 27, 2008

Petua Kukuh Ikatan Cinta

MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

Sempatkah episod 2(akhir)

“Fiq,aku bukan nak sentuh peribadi aku,tapi kita tak boleh campurkan tanggungjawab dengan cinta. Macam kisah Abu Samah,kau ingat lagi tak? Abu Samah bukannya seorang yang melanggar hukum syarak,tapi sebab kesilapannya. Dia diperdaya oleh Yahudi dan terjerumus dalam perangkap. Dia mengandungkan seorang gadis suci.Bila diketahui oleh bapanya,bapanya menetapkan bahawa Abu Samah harus menerima hukuman. Sahabat-sahabat baginda semuanya tidak bersetuju kerana Abu Samah sentiasa melantunkan suaranya yang merdu di hadapan kubur baginda.” Rafiq mendengar dengan tekun. “Semua orang takut akan-akan mereka tidak akan mendengar lagi suaranya yang merdu itu. Tapi kerana tanggungjawap sebagai seorang khalifah dan seorang ayah,ayah Abu Samah tidak menghiraukan kata-kata sahabat. Dimana Abu Samah akhirnya meninggal kerana hukuman sebat yang dijalankan. Tanggungjawab sangat penting,itu perkara yang akan ditanya nanti…..” penjelasan Lokman menyebabkan Rafiq terpana seketika.”…..kini,kau dah tiada hubungan dengan Zahra. Tak payah ungkit lagi kisah lama. Kalau tak ada persengketaan antara kau dengan Zahra pun,hubungan seperti itu tetap tak dibenarkan dalam Islam.”
“Lokman,kau memang sahabat. Mulanya aku ragu-ragu dengan tindakan yang aku akan lakukan kelak. Tapi bila kau dah kata begini,aku faham.”
* * *
Senarai nama pengaws yang terpilih sudah pun di tampal di papan informasi di hadapan Bilik Pengetua. Salah satu nama yang kelihatan ialah nama Zahra.Zahra yang berada disitu tersenyum sendirian. Pemikiran jahat mula menyerangnya. “Kini aku sudah jadi pengawas. Kalau aku buat salahpun,cikgu takkan salahkan aku.Sebab aku pengawas”, bisiknya sendiriran.
Inilah sebabnya mengapa Rafiq membuat keputusan untuk mengakhiri hubungannya dengan Zahra.Zahra suka menyalahgunakan kuasa dan jawatan yang disandangnya. Berbagai rancangan penyalahgunaan kuasa sebagai jawatan yang disandang Zahra mula bersarang di kepalanya. Dia berfikir,dia boleh menggunakan kedudukannya sekarang untuk kepentingan dirinya. Tetapi dia tidak boleh tersilap langkah. Dia harus menyandang jawatan yang tinggi dalam organisasi pengawas tahun hadapan. Mesyuarat Lembaga Pengawas Kolej Tamrin akan dijalankan minggu hadapan.
* * *
“Baik,kini saya umumkan senarai nama yang terpilih untuk proses pengundian Ketua Umum bagi lelaki dan Penolong Ketua Umum bagi perempuan. Bagi Ketua Umum Aliff Bin Aziz.Zaidi binYusoff dan Aliuddin Bin Albar Bagi Penolong Ketua Umum pula,Karina Bt Shah,. Zahra Bt Musa dan .Zurida Bt Yahya.” umum Lokman dengan perlahan bagi menjelaskan kepada semua pengawas dalam mesyuarat itu.
Setelah mendengar pengumuman nama-nama organisasi induk Lembaga Pengawas,Zahra tersenyum gembira. Semua rancangan penyalahgunaan kuasa dapat dijalankan.
‘YES!! Nampaknya,semua orang kena tunduk dengan aku selepas ni.’
* * *
“Sekarang saya akan jalankan pemeriksaan dorm. Dengan kuasa saya sekarang,saya akan rampas semua barang-barang haram kamu.” Zahra memulakan rancangannya.
Di akhir pemeriksaan dorm…
“Waah! Zahra,banyak barang kita dapat hari ni.Telefon bimbit ada 5 biji ni.Semua yang mahal-mahal pula tu…”Evie,kawan rapat Zahra menyelongkar hasil rampasan tadi.”…kalau macam ni,bolehlah kita ambil sedikit barang rampasan ni. Selebihnya boleh kita jual. Tentu untung ni.”
“Nanti! Kita tak boleh jual semuanya. Kalau ada orang report pada cikgu yang aku buat pemeriksaan,cikgu mesti minta barang-barang hasil rampasan. Tinggalkan sikit untuk serahkan pada cikgu. Kalau kau nak ambil,pilih dulu. Yang lain,nanti aku bagi cikgu.”
Kalau sudah digoda syaitan,perkara yang jahat dianggap sebagai perkara yang remeh sahaja. Inilah keadaan Zahra sekarang.Tetapi,sepandai-pandai tupai melompat.….. Tanpa disedarinya,Lokman telah terdengar perbualan Zahra dengan Evie.
Ah! Nampaknya Lokman telah tersilap memilih anggota tenteranya,ia mungkin akan memburukkan lagi tapuk pemerintahan lembaga pengawas Kolej Tamrin pada tahun hadapan.
Lokman perlu bertindak untuk mengubah keadaan. Amat berat mulut Lokman untuk memberitahu Zahra,Namun perkara yang mungkar tidak patut dibiarkan berlarutan.Lokman perlu bertindak segera . Pena di tangannya sudah berlari pantas di atas kertas.
“Zahra,ada surat dari Lokman.Dia suruh balas.”
“Apa hal pula Si Lokman ni menulis surat pada aku” bisik hati Zahra kehairanan.
Zahra,aku dah dengar perbualan kau petang tadi bersama Evie. Aku tak mahu kau ulang lagi.Baik kau serahkan kepada guru disiplin. Ingat,aku yang bertanggungjawab sebab aku yang memilih kau! Kalau kau tak mahu rahsia ni bocor,buat tindakan yang sepatutnya. Ingat,tanggungjawab akan ditanya di akhirat kelak! Kita hidup di dunia ni tak lama.
Jelas lahir perasaan bimbang dari muka Zahra. Bukan bimbang akan rahsia dibocorkan,tetapi bimbang akan tanggungjawab yang akan ditanya kelak. Aku perlu berjumpa dengan Lokman esok untuk selesaikan perkara ni. Zahra nekad.
* * *
“Cepat,panggil Ketua warden!”
Semua orang dalam keadaan resah. Penyakit sakit jantung yang dialami Lokman kini menyerang kembali. Dalam 10 minit selepas itu,ketua warden datang bersama ambulan . Pelajar puteri tertanya-tanya dengan bunyi siren ambulan yang memecah sunyi pagi. Siapa yang sakit? Mereka hanya terlihat seseorang di atas usungan dengan alat bantuan pernafasan . Deruan ambulan kemudiannya laju membelah keheningan.
* * *
“Tak dapat diselamatkan….”
“Tidak!Lokman!” Seiringan hampir semua pelajar terasa akan kehilangannya,terutama sekali Zahra. Dia rasa sebak yang teramat apabila mendapati tubuh Lokman sudah kaku. Kini,Lokman yang satu-satunya mengetahui perbuatannya sudah tiada. Surat Lokman kemudiannya dibacanya semula.
Ingat,tanggungjawab kita akan ditanya di akhirat kelak!Kita hidup di dunia ni tak lama.
Seorang manusia telah kembali ke rahmatullah,dia juga seorang kawan. Seluruh Kolej Tamrin terasa akan kehilangannya Pengalaman bersamanya tidak begitu mudah dilupakan,walaupun baru setahun bersama. Sambil mendengar talkin yang dibacakan,Zahra menitiskan air mata.Air mata sedih bercampur takut. Zahra mengakui kebenaran nasihat Lokman. Sekian lama dia mengabaikan tanggungjawabnya. Jika keadaannya sama dengan Lokman,sempatkah dia bertaubat?Adakah ruang baginya? Sempatkah….

Sempat kah episod 1

Sempatkah?

Keadaan sayu,sunyi dan sepi menyelubungi semua pelajar tingkatan lima serta guru-guru Kolej Tamrin. Sayup-sayup kedengaran bunyi talkin dibacakan.Seraya terasa diri disindir oleh soalan-soalan yang dibacakan. Bagaimanakah keadaanku jika aku yang berada di dalam liang lahad itu. Seorang manusia telah kembali ke rahmatullah,dia juga seorang kawan. Seluruh Kolej Tamrin terasa akan kehilangannya. Pengalaman bersamanya tidak mungkin dapat dilupakan,walaupun baru setahun bersama.

Setahun sebelum itu……

“Man,esok punya rancangan macam mana?”suara Rafiq memecah kesunyian prep pada malam itu.
“Esok,semua fasi mesti bagi tazkirah untuk budak-budak baru tingkat 4. Bermaksud…. termasuk kau sekali yang akan beri tazkirah,” Lokman menerangkan dengan jelas. Nyata suaranya menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain.
Lokman merupakan pelajar yang cemerlang di Kolej Tamrin. Lokman amat disenangi dalam kalangan pelajar mahupun guru-guru Kolej Tamrin. Sikapnya yang peramah dan mudah mesra serta pertuturan yang lemah-lembut telah memikat hati guru-guru malah menambat hati kebanyakan pelajar perempuan di Kolej Tamrin.
“Betul ke esok semua fasi mesti bagi tazkirah kepada ahli kumpulan sendiri?”
“Betul,wajib la Fiq. Tajuk tazkirah is up to you. Tapi pilih something related.”
“Okey,esok pukul berapa turun dari asrama,Man?”
“Esok kau kena tolong aku kejutkan semua putera tingkatan empat. Pukul 3.30 pagi kita gerak. Nak buat qiamullail.Boleh?”
“Boleh,tapi make sure kau kejutkan aku dulu. Dresscode macam mana?”Rafiq bertanya tentang pakaian untuk qiamullail.
“Anything,tapi wajib berkain dengan kopiah.”
* * *
‘Assalamualaikum warahmatullah,assalamualaikum warahmatullah’
Jemaah yang lain mengikut imam memberi salam. Solat hajat telah selesai. Jam menunjukkan pukul 5.15 pagi. Lokman bangun ke depan untuk memaklumkan sesuatu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam abang Lokman!”
“Baik,seperti yang semua maklum kita baru selesai menunaikan solat hajat.Jam baru pukul 5.15,jadi abang tak mahu kamu semua tidur. Ambil al-Quran dan baca.Bersiap sedia untuk solat subuh. Siapa yang belum lagi menghafal surah-surah wajib hafazan,boleh teruskan menghafal. Kemungkinan minggu ni saya dan pelajar form 5 yang lain akan buat semakan. Faham?”
“Baik,faham!”
Seperti yang diarahkan,mereka mula bergerak dan menuju ke rak al-Quran.Suasana sunyi pada pagi itu kini dipenuhi bacaan ayat-ayat suci. Bintang-bintang seolah-olah memancar dengan terang seolah-olah menunjukkan kegembiraan mendengar bacaan kalamullah.
* * *
Kini sudah masuk bulan September. Pemilihan pengawas bagi tahun hadapan perlu dilaksanakan,dan semuanya di bawah tanggungjawab Lokman.
“Lokman,cikgu percaya pada kamu. Selama ni kamu banyak membantu cikgu……”Cikgu Azrai,cikgu disiplin Kolej Tunas berkata.“Tak ada apalah cikgu,dah tanggungjawab saya.” jawab Lokman ikhlas. “….sekarang cikgu serahkan 100% pemilihan pengawas untuk tahun depan ke tangan kamu. Tapuk kepimpinan pelajar tahun hadapan terletak di tangan kamu.”
Lokman perlu melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya. Pengumuman tentang pemantauan tingkahlaku pelajar untuk pemilihan pengawas telah dibuat. Kini,hanya langkah pemilihan dan temuduga sahaja yang belum dilaksanakan.
* * *
“Aku dah pilih budak-budaknya.Man,ni senarai nama calon yang terpilih untuk temuduga.”dengan pantas Lokman mencapai sehelai kertas yang dipegang oleh orang kanannya,Rafiq.”Hmm,semuanya aku dah pantau.Lebih kurang sama dengan pilihan aku. Tapi,aku ada seorang tambahan…”persoalan mula bermain di kepala Rafiq. Siapa lagi seorang calon? “…..namanya Zahra”. Zahra merupakan rakan karib Rafiq yang muda setahun dari Rafiq. Wajah Rafiq jelas menunjukkan yang dia kurang bersetuju dengan pilihan Lokman. Ini kerana Rafiq hubungannya telah renggang sejak insiden yang berlaku ke atas mereka. Malah,mereka seolah bermusuhan.
“Aku tahu kau takkan bersetuju dengan pilihan aku Fiq. Tapi aku rasa dia ada banyak kelebihan untuk tahun hadapan.”
“Baiklah,kalau macam tu. Aku tak boleh mementingkan perasaanku.”
* * *
“Baiklah,sebut nama anda.”
“Nama saya Zahra Bt Musa.” mata Rafiq menuju tajam ke arah Zahra. Dendam dahulu masih belum telerai . “Zahra , anda rasa anda layak untuk menjadi pengawas?”
“Hemm,saya rasa … saya ada aura tersendiri. Ramai yang senang dengan diri saya,jadi saya rasa tak ada masalah untuk menegur mereka.”jawabnya selamba.
“Jadi,awak tak kisah kalau kawan-kawan awak pinggirkan awak? Sebab awak perlu melaporkan segala kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Ini satu tanggungjawab yang amat berat.” Rafiq mencelah temuduga. “……saya sanggup,jika saya terpilih bermakna saya boleh lakukan.”
“Baiklah,kalau begitu terima kasih.Sampai sini sahaja temuduga awak. Keputusan akan saya beritahu minggu hadapan.” Lokman mengakhirkan temuduga.
Zahra meninggalkan bilik pengawas. Rafiq masih lagi kelihatan marah.
“Fiq,jom minum. Aku ada hal sikit nak cakap.Kita bincang masa di kantin nanti.”

Greatest Living Guitarist

1) Jimmy Page


2) Eric Clapton


3) Kirk Hammet


4) Chuck Berry


5) Jeff Beck


6) Carlos Santana


7) John Frusciante


8) Kieth Richards


9) Tom Morello


10) Zakk Wylde
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management