Tuesday, September 23, 2014

Komputer Slow, Nak tambah RAM?

"Bro, komputer gua slow la sekarang. Nak upgrade RAM lah"
"Bro, ada jual Performance RAM untuk Laptop tak. Nak beli lah. Komputer Slow"
"Bro, tolong Restore laptop aku. Slow sangat lah."

Korang pernah tak teratanya-tanya apa itu RAM?
Macam mana ram berfungsi?
Bila masa perlu untuk upgrade RAM?
Perlu ke tak upgrade RAM?
RAM ke atau bende lain yang perli ditukar?

Korang kene tau dulu macam mana RAM berfungsi. RAM adalah singkatan bagi Random Access Memory. Sebab apa nama die Random? Sebab mcm tu lah RAM berfungsi. RAM akan membaca data secara Rawak.

Ibaratkan data,adalah lagu dalam playlist smartphone korang. Korang boleh pilih lagu yang korang nak dengar, dan korang boleh skip2 kan? Lagu ni tak sedap, korang bukak playlist, pilih lagu yang lain walaupun jarak lagu antara lagu tu jauh.

Lawan bagi RAM adalah SAM, iaitu singkatan bagi Serial Access Memory. SAM ni macam korang dengar lagu kat kaset. Kalau korang tak suka sesuatu lagu, korang tak boleh pilih2, korang kene dengar juga atau fowardkan sampailah korang jumpa lagu yg korang suka. SAM berkerja macam tu. Untuk mencari sesuatu data, SAM perlu bekerja membaca data dari awal sehinggalah data yang dikehendaki itu dijumpai.

CPU akan memproses data ke RAM. RAM akan proses data untuk dihantar ke Hardisk atau SSD korang.

Soalan jenis ni selalu bermain di minda kan kalau laptop atau komputer korang slow.

Korang guna laptop atau komputer korang untuk kegunaan yang macam mana. Masa komputer korang slow, korang pernah tak cek Task Manager untuk lihat kadar gunaan RAM korang?
Macam mana nak cek?

Press Ctrl+Shift+Esc untuk terus bukak Task Manager. Atau korang suka Cara Tradisional, tekan Ctrl+Alt+Del, lepas klik Task Manager.


So, perhatikan kat ruang Memory. Memory keseluruhan aku ada 8GB. Tapi aku baru guna lebih kurang 33% sahaja RAM. Maksudnya RAM aku takde masalah.

Tapi Kalau korang punya RAM usage dah sampai 80-90%, korang tengok pulak macam mana korang guna komputer korang.

Cek korang punye Internet Browser. Korang bukak tab banyak2 ke?
Ke korang Multitask terlampau banyak. Contohnya, Download+Main game+ Dengar lagu + Webcam Chat + blablablabla...

So, terlampau banyak sangat multitask mana2 komputer pn akan lambat. That's an issue mcm mana korang guna komputer korang, bukan masalah RAM. Tapi kalau korang still suka lanyak komputer korang macam tu, tambah RAM boleh menyelesaikan masalah korang. Mungkin korang boleh tukar sekali Hardisk korang kepada SSD, atau better PCI SSD. Baru laju.

Ni SSD biasa. INTEL 730 SSD.

Ni Plextor PCI-E SSD.


Kalau RAM pn x de masalah, ruang CPU pn tak habis guna, tapi komputer korang tetap slow.
Berikut mungkin ada masalah :


  • Malware
  • Virus
  • Tak update Software

Software component tak update pn boleh menjadi penyumbang kepada masalah komputer Slow. So rajin2 lah bukak tengok software korang mana yang dah lama tak update. 

Kalau Software ok, RAM cukup, Virus tarak, dan korang rasa komputer korang tak cukup laju lagi untuk memenuhi keperluan nafsu teknologi korang. It is time untuk TUKAR HDD anda kepada SSD
Gi je kat kedai tanya berapa harga. Mintak Dorang tukarkan sekali.

Berapa Beza harga SSD dengan HDD?

HDD 1TB harga dalam RM2++ mengikut kelajuan
SSD pula 120GB dalam RM3++ mengikut performance, jenama, ketahanan dan lain2 lagi lah.

So, tepuk dada tanyalah nafsu korang. Kalau jenis selalu nak edit video, nak trasnfer gambar2, nak edit2 gambar.

RAM & SSD amat korang perlukan untuk melancarkan lagi kerja korang.

Kalau korang guna untuk Office (tu pun pirate), PDF, Prezi, tengok Youtube bla bla bla. Just manage how you use your Laptop or Computer.

Ni contoh RAM Laptop DDR3

Ni Contoh RAM Desktop DDR3

Kalau nak tukar RAM,tengok korang punya RAM DDR berapa. Jangan tertukar.

:D

32 conteng tangan:

Unknown said...

nak tnye betul ke kalo nak tmbah RAM x leh tambah sesuka hati?
sbb aritu pegi kedai die kata laptop acer espire e15 cuma bleh tambah 2 RAM jee lagi..huuhu

WongMCheng said...

ye saya...kene tgk keupayaan motherboard pulak...sebab nya kalau laptop die melihat kepada motherboard dan processor...utk laptop gaming dan Workstation yang harga sampai 18k boleh support sampai 32gb ram...tapi kalau laptop biasa skrg ni paling2 pn 8 gb..kalau laptop lama skit bawah 2014 mungkin die ada yg support sampai 4gb je...ada yang support sampai 2 gb je..depends kepada model laptop tahun bila...

Unknown said...

Blh ke kalau tmbh ssd tp nk pakai jgk hdd yg sedia ad dlm laptop tu. Ada apa2 effect tak dkt ram, processor atau part2 yg lain?

Unknown said...

sy ade main fifa online 3 . internet okay je . tp bile nk start match jd slow . tkde sngkut . just slow . sbb apa ehh ? ram atau monitor sy 17 inch ? ram cpu sy 2gb.

Anonymous said...

hello bro semua?...sy nk cuba beli ssd and pasang sesuka hati x kesah kan?....

Anonymous said...

@zunnur faiz mana blh pasang sesuka hati bro. kene ad ilmu. kalau tak tahu tny org kedai.

Vynfiee said...

Memory dah 80% . Habistu cane nak kurangkan dia balik ?

Vynfiee said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Die ade slot ram ikot laptop

Unknown said...

Kalau laptop kena melware mcm mna nk buat?

Unknown said...

Bro...nk tya..ram saya skrg 2gb 1rx16 ddr3L..saya nk upgrade ke 4 gb..tapi carian saya byk ke 1rx8 je..xda saya jumpa 4gb 1rx16..kalau saya beli 4gb 1rx8, akan beri some effect x kpd laptop saya..ada ke beza antara 1rx8 n 1rx16??...thanks

Anonymous said...

Bro.. nak tanya kalau boleh ka kita pasang ram sebelah 1GB lagi sebelah lagi 4GB ram jadi total 5GB boleh ke?

Anonymous said...

salam...laptop saya ok tiada virus baru format cuma nya windows 10 pro 64bit lite
proccer i3 380 ram 4gb hdd 500gb..model laptop ACER (aspire 4738)...tp bila buka browser and tgok youtube terus menggila bunyi kipas bising kemduain panas yg teramat...lepstu kalau tlmpu sadah kadang smpai shutdown sendiri...kipas dah chek ok berpusing..dalam pun da bersihkan...so ada mungkin dgn menukar HDD ke SDD dpt menyelesaikan permasalahan saya ne?..tlg pencerahan dan pendapat tuan...dan tlg balas tuan..0149193931 digi...tq so much..semoga maju jaya dunia akhirat....

Anonymous said...

Saya rasa laptop tuan kene tukar thermal paste & bersihkan habuk kipas.

kalau xtahu cara nk tukar, bawa laptop pergi kedai. cakap nk tukar thermal paste dan bersihkan habuk kipas.

kedai akn caj around RM60.
ambik masa dlm sejam hingga 1 jam setengah.

Unknown said...

boleh ke tambah ram pakai hdd?

Anonymous said...

nak tambah ram kne tgk laptop tu ada slot lagi satu tak utk letakkan ram baru. kalau xde xblh tambah ram.

buka dlm laptop tgk samada ada slot kosong ke tak utk letak ram baru.

eddy said...

slow sebab ram kau ngam ngan minimum specs fo3

Ning tian said...

Saya try check task manager and disk penuh, nak kena buat apa ye? :)

Unknown said...

Hi sya nak tnya, Bolehkah memory laptop ditukar? Sbb sya kurang fham

Unknown said...

Salam....
RAM saya sekarang 4GB 1Rx8 PC3L 12800S... laptop masih ada 1 slot kosong... boleh ker kalau saya tambah dgn RAM 4GB 2Rx8 PC3L 12800S

Unknown said...

Berapa kos nak tambah ram 2 ke ram 4?

Anonymous said...

Boleh ke kalu tambah 8gb ram total jd 12gb

Unknown said...

Nk mintak sugest ram untuk laptop compaq435 boleh

Anas Fiqry said...

Terima kasih info diatas..sangat² membantu..memang sangat² nak tau apa benda SSD dan HDD tu..yang mana better

Hhhhhakimi said...

X

Hhhhhakimi said...

X

Anonymous said...

Kalau xde slot, boleh ke guna slot asal tu, contohnya asal ada 4gb ram. So ganti yg asal kepada 8gb ram. Boleh x buat camni? Ke x boleh.

Arman said...

Salam. Nk tnye, saya guna Toshiba Satellite L510 (2009-2010). RAM 2GB je. Kalau saya x upgrade RAM ni, just upgrade SSD, laptop akan ok ke? (Dgn mengambil kira laptop free virus free malware). Terim kasih, tuan tanah.

Ummi said...

Laptop saya 4Gb, Processor Intel Celeron. ada glitch sikit bila multitasking. Kalau saya upgrade ke 8GB boleh hilang ke glitch tu, jd lancar? Saya takut dah upgrade pun masalah sama je sbb Processor x power

Arman said...

Tukar hard disknya sis. Tukar kepada SSD.

Ummi said...

Mmg dah upgrade ke SSD pun. Still glitch. Upgrade RAM boleh selesai masalah tak rasanya?

Unknown said...

Kenapa saya dah beli dan pasang tapi still sama tak ada naik pun
Ram tu saya pakai yg sama dgn laptop tapi still sama
Jenis ram saya 4gb ddr3 1600MHz

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management