Friday, February 6, 2009

Cara memilih pasangan

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri
perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing
masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di
syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat
jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan.
Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar
berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan.
Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w.
iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir
sekali "Kahwin".




1.KENAL
********
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu
bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata.
Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya.
Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh
dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya
merisik corak hidupnya dan per angainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana
beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik
seorang saksi.

"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar.

"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya
lagi...

"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam
musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah. Omar
bertanya lagi,

"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat
mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya
supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana
pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam
supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai
dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik
latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui
sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada
dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan
sahabat sahabat yang akrab dengannya... . Adalah
berdosa besar jika antara kedua dua be lah pihak
BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR
dapat di buat dalam apa juga perkara.

2.KELAS
*********
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya
terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan
bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan
agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang
baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama
kerana golongan ini akan menghormati pertalian
perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan
Islam akan memegang perkara asas dalam Islam ,
sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI
TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga
akhlak dalam Islam.

3.KUFU
********
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman
agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika
terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari
keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang
dalam.

Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama
Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana
seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah
untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan
tahap umur.

Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25
dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah ,
Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang
sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah
rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di
selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama
berumahtangga.

4.KASIH
********

Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi
yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua
dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud
unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada
sebuah hadis... ...

"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang
berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan
perkahwinan"

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita,
perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut
syariat Islam. Rasulullah memberitahu:

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan
melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara
kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat
susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang
benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan
oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada
HATI kaum lelaki"

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab
ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di
pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin
kebahagian rumahtangga,.

Hadis Nabi ada menyatakan

"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana
KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai
balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita
kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan.
Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN , Allah
akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang
berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi
menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung
silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila
nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah
perkahwinan akan diberkati dan di lindungi.Setiap
gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan
hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan
faham.

5.REDHA
*********

Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting.
Rasulullah sering bertanya:

"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin
dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan
keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila
kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan
KEKURANGAN mereka"

"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut
telunjuk isteri @ suami. Baik yang di m aksudkan
sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan
mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat
26

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan
wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik
itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di
anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan
tidak boleh di terima. Jika isteri mempunyai jawatan
dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak
dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau
ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di
wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh
menyebabkan hubungan semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak
mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang
mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si
isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam
dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ...
.Begitu juga sebaliknya masalah berlaku.

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang
berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA".
Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan
mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu
ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari
lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana
lelakilah yang menjadi ketua keluarga... .

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi,
seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah
bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah
menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat
rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan
beberapa orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq,
seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan.
Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana
kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak
dengan alasan d ia kini berugama Islam sedangkan Inaq
masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya
perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh
baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata
Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini
dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau
sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy
menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk..
Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq,
beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh
berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Surah Al Baqarah:

"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana
sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih
baik daripada seorang musyrik walaupun cantik."

0 conteng tangan:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management