Sunday, June 16, 2013

Perbezaan Antara Syariah & Fiqh

Syariah dan fiqh mempunyai perbezaan yang khusus.  

i. Syariah bersifat rabbani, atau ketuhanan kerana ia bersumberkan
wahyu. Manakala fiqh bersifat manusiawi kerana ia bersumberkan
kefahaman manusia.

ii. Syariah bersifat absolut disebabkan sumbernya yang satu, iaitu wahyu.
Tiada versi yang berbeza dalam syariat Islam, sedangkan fiqh bersifat 
relatif kerana lahirnya pelbagai pandangan yang berbeza antara ulama 
dan kesannya wujud mazhab yang pelbagai dalam khazanah hukum
Islam.

iii. Syariat Islam bersifat kekal sepanjang zaman dan tidak boleh berubah
sama ada dengan perubahan masa, suasana atau tempat. Sedangkan
fiqh bersifat dinamik dan berubah dalam melayani perubahan dan
perbezaan sosio-budaya masyarakat.  

iv. Syariat Islam bersifat universal atau umum, merentasi batasan masa, 
budaya dan negara. Ia sesuai dilaksanakan pada setiap zaman dan 
makan. Berbanding fiqh yang bersifat partikular, atau khusus kepada 
kawasan dan „urf tertentu. Kesannya lahir mazhab fiqh yang tertentu,
seperti mazhab Maliki dalam budaya masyarakat Hijaz, mazhab Hanafi
dalam budaya masyarakat Iraq dan mazhab Syafie dalam masyarakat
Mesir. Selain itu, nama mazhab juga dinisbahkan kepada sosok tokoh
dan ada juga kawasan tertentu seperti al-Tabari.

1 conteng tangan:

Anonymous said...

Tak clear lah tulisan putih highlight kuning, dua² warna terang. Sakit mata. Maaf

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management