Thursday, December 17, 2009

Cinta-Cinta Part 2

CINTA-CINTA PART 2



Cinta-cinta,penat dah aku dengar benda nih. Susah nak gambarkan dalam hati tapi kita tahu macam mana perasaan tu. Itu lah cinta,cam bengong gak sebenarnya bila kita sedar yang kita suka benda yang kita tak tahu. Boleh tak agak-agaknya kita anggap cinta yang sekadar di short message tuh cinta sebenar. So,jawapannya terletak pada individu itu sendiri.

Sebenarnya cinta adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap individu. Ada berbagai-bagai tafsiran tentang cinta. Ada yang menganggap cinta itu sesuatu yang amat berharga. Whoa,aku memang tabik ar orang-orang yang macam nih. Kalau aku la,susah aku nak anggap cinta ni sesuatu yang amat berharga. Sampai ada quotes yang berbunyi sanggup berkorban nyawa demi cinta.

Itu dah tak betul da tu. Kalau da mati mana ke mau nya nak bercinta da. Bengong! Hahaha. Ada satu perkara yang suka aku nak ingatkan kat sini,cinta bukannya ada satu je. Perempuan dan lelaki dalam dunia ni banyak. Bagi yang lelaki,jangan la sampai nak gaduh besar sebab seorang awek je. Wei beb,kalau awek tu jual mahal kat kome,kome gi la carik lain. Bukannya nak cakap cinta ni boleh senang-senang je silih ganti,tapi kalau orang dah tak nak ramai lagi yang sudi kat kita ni. Yang perempuan pulak kalau kalau dah balak main kayu tiga,kome tinggalkan je balak tu. Buat apa buang masa atas satu perhubungan yang tak setia langsung? Buang masa,bercinta kadang-kadang sampai 2 tahun,3 tahun akhirnya apa pun tak jalan jugak.

Ingat,yang kita tidak sesuai untuk bercinta pada zaman masih muda remaja. Buang masa,lepas tu buang tenaga. Dah la hidup masa tu atas ihsan mak bapak,so sedar sikit kalau nak kapel-kapel masa tengah sekolah. Kalau alasan nak cari pengalaman,tak payah la bercinta-cinta. Buku motivasi tentang cinta dah meluak-luak kat kedai buku. Kat situ pun boleh kalau nak carik pengalaman. Kita ni terkenal dengan variasi novel-novel cinta. Mula-mula alasan memangla nak cari pengalaman,tapi last-last dah terlanjur. Yang lelaki memanglah tak de masalah. Yang perempuan la sakit. Dah kembong tak tentu pasal,mula lah kes buang bayi bertambah.

Kita bercinta biarlah atas alasan mencari pasangan hidup yang ideal untuk kita. Kita tak boleh nak mengharapkan pasangan hidup yang sempurna,sebab tak ada apa yang sempurna dalam hidup kita sebagai insan. Yang sempurna hanyalah pencipta kita sahaja. So,kalau budak-budak sekolah yang bercinta tu berenti la kalau cinta kome hanya membawa kepada kecerunan akademik. Ingat bahawa kita sekolah 11-12 tahun je. Baki hidup kita tu la yang memerlukan kecemerlangan akademik. Akademik yang akan menentukan hala tuju hidup kita semua lepas ekolah. Sekaligus menentukan pasangan hidup kita juga. Kalau dah jadi doctor,siapa yang xnak. Tapi kalau setakat jadi tukang sapu je cam ne pulak? Bukan nak mengutuk tukang sapu. Tukang sapu yang ada ni mungkin tak berpeluang nak melanjutkan pelajaran. Tapi kalau jadi tukang sapu atas sebab malas belajar,asyik dengan bercinta masa sekolah memang padan la dengan muka.

Yerp,aku tau cakap memang senang. Tak keluar duit pun cakap. Tapi kalau kita boleh merialisasikan setiap percakapan kita,angan-angan kita,kita berjaya mencapai matlamat hidup seperti yang kita inginkan. Fikiran mesti penuh dengan matlamat jika kita ingin berjaya.

0 conteng tangan:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management