Suasana di Kolej Harajuku kelihatan sunyi. Hampir semua pelajar-pelajarnya mulai mengantuk. Masing-masing tidak berminat dengan apa yang disampaikan oleh guru mereka. Jam menunjukkan ke angka 12.15. Guru-guru yang sedang mengajar mula mengeluh. Tapi tidak di makmal bahasa.Cikgu Rose yang mengajar subjek Bahasa Melayu cuba menukar kaedah pengajaran bagi menarik minat dan perhatian anak-anak didiknya. Wajah pelajar-pelajarnya ditatap dengan penuh kesungguhan.
“Baiklah,sekarang saya mahu bincangkan tajuk karangan yang saya berikan minggu lepas. ‘Kebaikan di sebalik kegawatan ekonomi’.Ada sesiapa yang hendak memberikan pendapat?”nyata suara Cikgu Rose yang lantang menarik perhatian pelajar-pelajarnya.
“Kegawatan Ekonomi memberi peluang kepada semua orang supaya bekerja lebih tekun bagi memenuhi keperluan seharian.”Yosuke diantara pelajar yang memberikan pendapat. “Bagaimana pula dengan awak Nami?”Cikgu Rose dapat melihat keceriaan di wajah pelajar-pelajarnya.
“Terdapat banyak kebaikan di sebalik kegawatan ekonomi yang melanda.Ia dapat mengajar nilai setiap ringgit yang kita miliki dan mengembalikan sifat berjimat cermat dalam kalangan masyarakat kita.Kerana terlalu mewah,remaja kini mulai boros.tetapi apabila kegawatan ekonomi melanda kita,kita akan lebih bijak berbelanja.”pendapat Nami yang panjang lebar mendapat sorakan dari rakannya.
Cikgu Rose berasa gembira melihat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar-pelajarnya.
“Sensei(Cikgu),saya tak bersetuju dengan pendapat tadi.”seluruh kelas kini memandang Ayumi. Ayumi yang jarang sekali bersuara,kini tiba-tiba memintas pendapat rakannya.
“Ya,Ayumi.Apa pula pendapat awak?”
Ayumi bangun dari kerusinya. “Pada pendapat saya,tidak ada something yang positive di sebalik kegawatan ekonomi.”kini Ayumi sekali lagi menjadi perhatian rakan-rakan kelasnya dengan pendapat yang menampakkan perbezaan ketara.Tidak seorang pun boleh menduga Ayumi yang begitu senyap dan dianggap misteri boleh mengemukakan pendapat seperti itu.
“Baiklah , semua orang berhak menyuarakan pendapat.Tetapi apa maksud kamu?”Cikgu Rose terus mencungkil pendapat Ayumi.
“Contohnya,sebelum negara kita dilanda kegawatan ekonomi semua orang bertungkus lumus mengejar kemewahan dan mengaut keuntungan.Apabila kegawatan ekonomi melanda,mereka tetap terus mengejar kemewahan kerana takut kerugian dan kemiskinan akan melanda mereka.Kerana itu,ada yang mementingkan kemewahan lebih dari segala-galanya.Dalam hal ini,anak-anak dan keluarga mereka akan menjadi mangsa.Yang menjadi perhatian hanyalah kepentingan kerja hinggakan anak-anak terabai.Oleh itu,dimana kebaikannya?”
Ayumi terus duduk dengan muka yang muram kembali. Pendapat Ayumi nyata berbeza. Kedengaran bisik-bisik halus dalam kelas Osaka. Ada yang tidak berpuas hati dengan pandangan yang diberikan Ayumi.
Kring!!
Loceng akhir persekolahan kedengaran di seluruh Kolej Harajuku.Pelajar-pelajar kelas Osaka meninggalkan bilik darjah mereka dengan perasaan puas.Walaupun wajah mereka dibaluti keletihan,namun mereka benar-benar gembira dengan perbincangan sebentar tadi.
Termasuk juga Ayumi dan Nami , dewan makan seakan-akan memanggil mereka dengan perut yang lapar.Begitulah rutin harian pelajar-pelajar Kolej Harajuku.Selepas penat belajar,perut perlu diisi untuk meneruskan aktiviti mereka.Jam menunjukkan angka 2.00 petang.Selepas makan dan menunaikan solat Zohor,langkah di atur menuju ke kelas untuk prep petang . Muka Ayumi yang kelihatan mencuka sejak perbincangan bersama Cikgu Rose di kelas tadi telah menimbulkan tanda tanya dalam diri Nami.
“Ayumi?Kau tak sihat ke?...”Nami memulakan perbualan. “….Tadi masa makan tengah hari pun kau makan sikit.”
“Aku sihat,Cuma letih sedikit,”jawab Ayumi bersahaja.
“Kau teringatkan seseorang barangkali?Manalah tahu…”Nami menyambung dengan usikan.
Jauh dalam hati Ayumi ternyata dia teringatkan seseorang.Teringatkan keluarganya yang tercinta.Seribu kekesalan timbul di hati kerana dia dilahirkan dalam keluarga yang berada.Hanya kaya pada harta,tidak pada kasih sayang keluarga.Ah!Kenapa nak sedih-sedih lagi.Selama ini ibubapaku memang jarang sekali melawatku.Ayumi bisik sendirian.
* * *
Hujung minggu kini muncul.Hari yang paling ditunggu seluruh pelajar Kolej Harajuku.Tetapi tidak bagi Ayumi,cuti hujung minggu amat tidak digemarinya.Waktu ini,dia hanya akan menjenguk keluar dari biliknya melihat rakan-rakannya bergembira bersama keluarga.Tanpa sedar hatinya tersentuh.Selama dia bersekolah di Kolej Harajuku,ibubapanya hanya datang melawat pada awal tahun hari pendaftaran.Iri hati mula tumbuh dalam hatinya.Dia inginkan dirinya diberikan kasih sayang seperti rakan-rakannya yang lain.” Apakah salahku “… bisik hati Ayumi.
* * *
“Cikgu,duit saya hilang,”Nami memberitahu Cikgu Azrai,yang merupakan ketua warden di Kolej Harajuku.
“Hilang?Kamu letak di mana?”
“Saya letak dalam dompet,tapi dompetnya saya letak bawah katil semasa saya tidur.”
“Macam mana boleh hilang?Berapa ringgit yang hilang?”Cikgu Azrai mengumpulkan maklumat.
“Dalam RM150 cikgu.Duit tu untuk perbelanjaan saya sampai bulan depan.”
Dari jauh,kelihatan beberapa pelajar perempuan yang tergesa-gesa datang ke bilik ketua warden.
“Cikgu Azrai,duit kami hilang!”Ayumi memberitahu dengan nada yang menunjukkan seribu keresahan.
“Hilang juga?”
* * *
Asrama puteri Kolej Harajuku masih diselubungi misteri.Dalang kejadian ini juga masih misteri.Hampir semua pelajar puteri kelas Osaka dan Tokyo kehilangan duit.Yang menjadi persoalannya,dompet mereka diletakkan di tempat yang tidak diketahui.Hanya pelajar yang rapat dengan mereka sahaja yang mengetahuinya.
0 conteng tangan:
Post a Comment