Showing posts with label eco-friendly. Show all posts
Showing posts with label eco-friendly. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

STRIX GTX970

Bagi penggemar PC dan Overclocking, korang mesti dah dengar berita tentang line GTX baru 980 & 970... Mana hilang 8 Series? haha..ak tak tau nak jawab... Tak baca habis...

Anyway, review tentang Brand baru dari ASUS, STRIX.

Objektif ASUS melancarkan STRIX adalah bagi penggemar game, yang bermasalah dengan bunyi kipas yang kuat, tapi still nak GPU performance kekal peak. STRIX didatangkan dengan system 0db fan noise. 

Bermaksud, jika game yang korang main tu tak memerlukan untuk STRIX GPU bekerja keras, kipas takkan on. Contoh game macam DOTA, LOL, game2 yang ala2 je... tapi kalau korang dah start main Tengok Anjing, PadangLawan 4, Cengkaman Autosport, kipas akan berfungsi.

Tapi still pada noise level yang rendah.


Sebab nak review STRIX GTX 970, jom tengok dulu Specs GPU asal Nvidia GTX 980 & 970.
GTX 980 & 970 mempunyai memory yang sama iaitu 4GB DDR5 256-bit.

Yang beza adalah Base Clock, Cuda Cores, Boost Clock...
Standard lah, kalau GTX 980 mahal skit dari 970. 
Sekarang tgk pula Specs STRIX GTX 970 punya berbanding reference GPU


Base Clock dengan Boost Clock dah meningkat bro~
Lagi satu kelebihan STRIX punya series 970, system die boleh bertahan sampai 67°c tanpa kipas ON BRO!

Lebih yang lain standard lah, clocking speed mesti laju dari reference. Kalau tak de beza baik takyah letak STRIX tu kan? Dan kalau lagi teruk dari reference, baik beli standard GTX 970.

STRIX GTX 970 Start dari harga RM1399

STRIX GTX 970 menggunakan 10mm pipe DirectCU II Cooling tech. 40 % haba dibawa berlari2 anak dari GPU. Rekabentuk GPU Strix GTX 970 juga mampu untuk membebawskan haba lebih 220%. Yang paling penting 30% lebih SEJUK dan 3x lebih SENYAP dari reference GTX 970


dari series ROG sampai STRIX, hitam merah mmg mengancam..

Backplate yang lebih kurang dgn ROG series..


tengok IO ada 4  port.
  1. Display Port 1.2
  2. HDMI 2.0
  3. 2 DVI (DVI-D & DVI-I)
STRIX GTX 970 adalah sedikit tinggi berbanding referenc GTX 970. Kalau letak sebelah2, SLi slot STRIX GTX 970 tinggi sedikit berbanding reference. Panjang kad pn bertambah dari 10.5 inci ke 11 inci.

Still ada 3-way SLi
Reference GTX970 guna dual 6-pin PCI-E Connectors.
STRIX GTX 970 guna single 8-pin connector. So, STRIX GTX guna letrik kurang berbanding reference GTX 970. Better bagi pencinta alam dan eco-friendly.
Atau bagi yang kuat main game dan tak nak bil letrik melambung.


Bedah siasat. Nak bukak pon senang. 4 Skru kt backplate, then BOOM!


166 Watt je bro...so it is less power consumed. bagi yang nak upgrade GPU, tapi PowerSupply dah terbeli yang 500-600 watt je..Mohon angkat STRIX sekarang.. 

So untuk review yang lebih mendalam lagi aku cadangkan korang baca Guru3D untuk review yang lebih mantop. Siap ada thermal imaging lagi.

Lagi satu...aku belanja skit gambar EVGA Geforce GTX 980 HydroCopper punya line pulak


Meleleleleleleh bro...



"Sampaikan kepada aku WALAU SATU AYAT"


Monday, September 22, 2014

Apa itu DDR4? Relevankah untuk bertukar?

 Sebelum mengetahui apakah DDR4, anda perlu tahu terlebih dahulu apakah RAM dan apakah CPU Cache.



CPU Cache dalam bahasa mudahnya adalah keupayaan Processor untuk berkerja dengan cepat. CPU cache ibarat stamina bagi seorang pekerja.

RAM pula adalah efisensi seorang pekerja melakukan perkerjaan dengan pantas. Dalam bahasa yang lebih mudah adalah peralatan yang digunakan oleh seorang pekerja untuk membantu pekerjaan beliau.

RAM hanya bertindak untuk membantu upaya CPU supaya memproses data dengan lebih pantas dan efisen. RAM yang laju ibarat segala peralatan yang diperlukan oleh CPU untuk memproses data berada di sekitar CPU sahaja, tanpa perlu CPU bergerak jauh untuk mendapatkan peralatan.



DDR4, teknologi yang semakin maju daripada DDR3 (Come on...)

Yerp, terdapat banyak kelebihan DDR4 memory. Tapi korang mampu nak tukar satu set motherboard dengan Processor yang baru semata-mata nak pakai RAM DDR4?

Tepuk dada tanya selera. Keperluan atau semata-mata kemahuan?

Bagi mereka yang masih sangsi berkenaan harga set Motherboard dan processor yang menyokong sistem DDR4, harganya bukan pada taraf mampu milik.

Motherboard yang menyokong sistem DDR4 adalah Chipset x99 dengan socket LGA2011v3.
Socket LGA2011v3 tidak sama dengan LGA2011 yang biasa.
Jika anda mempunyai processor i7-4820K atau I7-4960X, jangan bermimpi untuk menikmati performance chipset X99.

Processor yang menggunakan socket LGA2011v3 adalah:
  • I7 5820K 3.30GHz 15M cache dengan Turbo Boost 3.60 (RM1250)
  • I7 5930K 3.50GHz 15M cache dengan Turbo Boost 3.70 (RM1850)
  • I7 5960X 3.00GHz 20M cache dengan Turbo Boost 3.50 (RM3+++)


MotherBoard yang dah mengeluarkan X99 Chipset adalah
  • Gigabyte G1 (RM1050)
  • Gigabyte X99 UD4  (RM1400)
  • Asus X99  (RM1530)
  • Asus Rampage V Extreme  (RM1930)

So, setakat ni aku mampu tengok je.
Oh ya! bagi harga RAM DDR4, yang just keluar untuk versi Performance RAM sahaja, juga agak keluar dari bajet aku sebagai Rakyat Marhaeeeeen...

Corsair Dominator Platinum 2800C16 4GB x 4  (RM19++)



Dikhabarkan DDR4 mempunyai lebih 20 fitur baru berbanding DDR3. Antaranya ialah :

  • Quad Channel RAM
  • Data Transfer yang tinggi
  • Penggunaan Voltage yang rendah pada 1.2V per stick
  • Frekuensi antara 1600MHz-3200MHz. G.Skill RipjawsZ dah pernah Overclock sampai 4010MHz
  • DDR4 RAM mampu menyokong memori sehingga 128GB PER STICK!!!
    Jom main kira-kira.. 128GB X 4 = 512GB RAM... Tapi takde la lagi, cuma nak menyatakan bahawa DDR4 mampu menyokong 128GB per stick.

*Siapa yang nak tukar kepada DDR4, kira-kira bajet dulu. Alang-alang nak tukar, boleh buat satu set Liquid Cooling terus.

:D 

Monday, September 5, 2011

2011 LUXGEN Neora Concept




Kalau nk kata gila pon boleh jugak...sebab Luxgen Neora Concept adalah sebuah kereta elektrik yg konfem2 menepati ciri2 bandar Melaka,iaitu Bandar Hijau





ciri2 DNA Luxgen,menjadikan reka bentuk badannya detail,cantik,dan nampak kukuh. Reka bentuk badan dan chasis LUXGEN Neora dikukuhkn lagi dengan reka bentuk menepati AirFlow yg terbaik.

Tayar depan kenderaan pacuan pintar elektrik Neora yang digerakkan oleh motor induksi elektrik 180kW. Berat kenderaan ialah 1.600 kg, dan pecutan dari 0 hingga 100 km / h boleh dicapai dalam 6.5 saat, dengan top speed 250 km / j. Bateri kereta yang boleh dicas boleh menyokong 80% bateri hanya dengan pengecasan dalam tempoh hanya satu jam, dan 48 kWj bateri litium ion yang memberi Neora jarak perjalanan sehingga 400 km apabila ia dicas sepenuhnya.




Apa lagi...jom beli satu....haha...bila lagi Malaysia nk ade kereta2 macam nih kat atas jalan kan...





 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management