Friday, November 28, 2008

Di mana Kasih Sayang? episod 2

Persoalan yang terjawab hanyalah,pencuri itu dalam kalangan pelajar puteri juga.Kerana pelajar putera tidak melaporkan sebarang kehilangan duit.
Semua ahli lembaga kepimpinan asrama puteri dipanggil untuk penyiasatan dan juga mencari pencuri mahupun yang bersubahat.
“Baiklah,saya mahu kamu semua binakan satu jadual pengawasan untuk setiap aras dan blok.Bermakna yang bertugas akan berjaga sehingga pukul tiga pagi,disamping mengawasi sesiapa sahaja yang belum tidur.”Cikgu Azrai memberikan arahan.
“Makudnya cikgu,jika semua pelajar sudah masuk tidur sebelum pukul tiga kami boleh masuk tidur?”Nami bertanya untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.
Keadaan asrama sunyi sepi.Jam menunjukkan angka 2.30 pagi.Asrama mula kelihatan gelap.Hanya lampu base ground sahaja yang menerangi seluruh aspuri.Rasa mengantuk mula membaluti pengawas-pengawas yang bertugas pada hari itu.Nami kini mengatur langkah untuk ke kamarnya.Tiba-tiba dia terlihat kelibat yang mencurigakan.Perasaan takut meresap di hati Nami.Berbagai persoalan yang timbul dalam kepala Nami.Pencerobohkah?Hantukah?Tetapi perasaan ingin tahu mengatasi perasaan takutnya itu.Perlahan-lahan Nami mendekati bayang-bayang kelibat itu.
Tap!
Lampu dipasang.Nami terkejut oleh apa yang dilihatnya.Seolah-olah tidak percaya apa yang ada di hadapan matanya.
* * *
“Kenapa kamu sanggup buat macam ni?Cikgu tak sangka kamu sanggup buat perkara sebegini.”Cikgu Azrai meluahkan nada kekesalan. “sejak kamu masuk dulu cikgu tak nampak apa-apa masalah pada diri kamu.Kenapa sekarang lain?”
Nami yang berada dalam bilik warden juga menunjukkan wajahnya yang kesal seribu kali kesal.Dia tidak menyangka rupanya masih wujud manusia seperti pagar makan padi.
“Esok saya akan panggil ibubapa kamu datang ke sekolah.Apa-apa kamu beritahu saja dengan ibubapa kamu.Faham!”
Wajah Ayumi tidak menunjukkan sebarang kekesalan.Apa agaknya yang difikirkan Ayumi.
* * *
Keesokan harinya,ibubapa Ayumi datang seperti yang diberitahu oleh Cikgu Azrai semalam.Selepas berbincang seketika dengan Cikgu Azrai,Ayumi dijemput masuk ke dalam bilik warden.
“Kenapa kamu buat macam ni Ayumi?”Encik Yosuke memulakan bicara.
“Ayah tanya kenapa?”
“Ya,kenapa kamu buat macam ni?Kenapa kamu mencuri duit pelajar-pelajar lain?Tak cukupkah selama ni yang ayah berikan?”Encik Yosuke meneruskan kata-katanya.
“Cukup ayah.Lebih dari cukup yang ayah berikan.Tapi,bukan itu yang saya mahu sekarang.”
“Apa maksud kamu?Apa lagi yang kamu nak?”Encik Yosuke masih tidak faham kehendak anaknya itu.
“Apa yang saya nak?Saya tak nak banyak ayah,saya tak nak kemewahan ni semua.Saya nak kasih sayang.Kasih sayang dari ayah dan emak.ayah tak terfikir ke semua ni?....”
kata-kata Ayumi kena tepat pada sasarannya.Encik Yosuke tersentak.
“Cuba ayah kira,berapa kali ayah datang melawat saya?Yang saya ingat hanya pada awal tahun hari pendaftaran.Balik cuti pun saya balik sendiri.”Ayumi menyambung kata-katanya.
“Saya dihantar ke asrama seolah-olah ayah menghantar saya ke rumah kebajikan.Saya iri hati dengan pelajar yang lain.Ibu bapa mereka selalu datang menjenguk mereka.Tetapi,saya…”air mata Ayumi jatuh berlinangan.Sekarang Cikgu Azrai sedar.Tidak semua yang kaya hidup bahagia.Semuanya berlaku di depan matanya sendiri.Cikgu Azrai tidak menyalahkan Ayumi,dia hanyalah mangsa yang ingin membetulkan keadaan.Cuma caranya tidak kena pada tempat.Kekesalan mula timbul pada riak wajah ibubapa Ayumi.Ternyata mereka silap mentafsir hidup,mereka hanya mengejar kemewahan.Tanpa memikirkan anak-anak yang menagih kasih sayang dari mereka.
“Maafkan ayah,Ayumi.Selama ni ayah abaikan kamu,”kini Encik Yosuke faham erti kehidupan.Kehidupan tidak bermakna tanpa kasih sayang.Remaja biasanya tidak mahukan harta,mereka juga tidak mementingkan kekayaan.Apa yang penting bagi mereka Cuma kasih sayang.Kekayaan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.itulah yang diharapkan
“Baiklah Ayumi.Boleh Cikgu tanya,mana kamu simpan duit rakan-rakan kamu?”
“Ada cikgu,saya tak gunakan pun.Saya buat begini supaya ibubapa saya datang ke sekolah.Duit tu ada dalam loker saya.”
“Kalau macam tu,saya nak semua duit-duit itu sekarang…”
“Baik cikgu!”
Ayumi meninggalkan bilik warden dengan perasaan sedikit gembira.
“Cikgu,saya minta maaf cikgu.Selama ni saya abaikan tanggungjawab saya sebagai ayah.”Encik Yosuke sekali lagi melahirkan rasa kekesalan.
“Tak mengapa encik.Beginilah,encik elalulah datang melawat Ayumi.Saya lihat Ayumi bukan budak yang tidak elok.Saya pun hairan mengapa dia sanggup berbuat begitu.Tapi sekarang semuanya sudah terjawab.”Encik Yosuke mengangguk faham.
“Saya minta tolong satu perkara sahaja Encik Yosuke.Berilah lebih perhatian kepada anak tunggal encik.Dia ada potensi untuk jadi lebih cemerlang.Tolonglah encik”
“Baik cikgu.Terima kasih Cikgu.”
Bukan semua senang dengan kesenangan.Tidak semua gilakan kekayaan.Luangkanlah masa dengan keluarga tercinta.Itu lebih bermakna dari seribu permata.

1 conteng tangan:

نور اتيکه اسماعيل said...
This comment has been removed by the author.
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management