Wednesday, December 23, 2009

Cinta-Cinta Part 3

so,kini kembali lagi dalam blog cinta-cnta.ada cerita baru ke masa cuti nih. aku ada satu cerita di mana member aku sendiri kena macam nih. Dia punya la setia kat awek dia. Just sebab dia sekolah lain,dan awek dia sekolah lain. Masa SPM minx arr stop kejap. Tuh standard la sebab masa tuh semua orang nak dokus untuk SPM. So minx arr clash sebentar.

so nak di jadikan cerita,lepas SPM. Dia macam biasa contact arr awek dia tuh.. dah x nak layan dah. Dia tanya member dia kat sekolah sana,apa hal dengan awek dia tuh. So,bila dah tau kebenarannya tengok awek dia dah ada balak baru. Sediyh tak sedih la,bila dah lama try nak setia. Tiba-tiba jer awek dah ada balak baru.

Tapi sebagai lelaki dia tak de arr ase sedih sangat. Dan ada jugak cerita di mana seorang awek nih,pasang dua sekali. Hahahaha,tapi x kesah arrr. Janji dia bahagia sengsorang. Pakwe dia yang satu tuh tau dia pasang dua. Just yang kesiannya yang lagi sorang tuh tak tau langsung... Aku rasa tak patut arr benda macam nih berlaku,tapi apakan daya.

Kata hati lagi kuat dari kata-kata orang. Hahahah,kadang-kadang nak nasihat pun tak sampai hati,sebabnya nak jaga semua hati member2.






SUSAH ARRRR BERCINTA!!!!!!!!!!!

Thursday, December 17, 2009

Cinta-Cinta Part 2

CINTA-CINTA PART 2



Cinta-cinta,penat dah aku dengar benda nih. Susah nak gambarkan dalam hati tapi kita tahu macam mana perasaan tu. Itu lah cinta,cam bengong gak sebenarnya bila kita sedar yang kita suka benda yang kita tak tahu. Boleh tak agak-agaknya kita anggap cinta yang sekadar di short message tuh cinta sebenar. So,jawapannya terletak pada individu itu sendiri.

Sebenarnya cinta adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap individu. Ada berbagai-bagai tafsiran tentang cinta. Ada yang menganggap cinta itu sesuatu yang amat berharga. Whoa,aku memang tabik ar orang-orang yang macam nih. Kalau aku la,susah aku nak anggap cinta ni sesuatu yang amat berharga. Sampai ada quotes yang berbunyi sanggup berkorban nyawa demi cinta.

Itu dah tak betul da tu. Kalau da mati mana ke mau nya nak bercinta da. Bengong! Hahaha. Ada satu perkara yang suka aku nak ingatkan kat sini,cinta bukannya ada satu je. Perempuan dan lelaki dalam dunia ni banyak. Bagi yang lelaki,jangan la sampai nak gaduh besar sebab seorang awek je. Wei beb,kalau awek tu jual mahal kat kome,kome gi la carik lain. Bukannya nak cakap cinta ni boleh senang-senang je silih ganti,tapi kalau orang dah tak nak ramai lagi yang sudi kat kita ni. Yang perempuan pulak kalau kalau dah balak main kayu tiga,kome tinggalkan je balak tu. Buat apa buang masa atas satu perhubungan yang tak setia langsung? Buang masa,bercinta kadang-kadang sampai 2 tahun,3 tahun akhirnya apa pun tak jalan jugak.

Ingat,yang kita tidak sesuai untuk bercinta pada zaman masih muda remaja. Buang masa,lepas tu buang tenaga. Dah la hidup masa tu atas ihsan mak bapak,so sedar sikit kalau nak kapel-kapel masa tengah sekolah. Kalau alasan nak cari pengalaman,tak payah la bercinta-cinta. Buku motivasi tentang cinta dah meluak-luak kat kedai buku. Kat situ pun boleh kalau nak carik pengalaman. Kita ni terkenal dengan variasi novel-novel cinta. Mula-mula alasan memangla nak cari pengalaman,tapi last-last dah terlanjur. Yang lelaki memanglah tak de masalah. Yang perempuan la sakit. Dah kembong tak tentu pasal,mula lah kes buang bayi bertambah.

Kita bercinta biarlah atas alasan mencari pasangan hidup yang ideal untuk kita. Kita tak boleh nak mengharapkan pasangan hidup yang sempurna,sebab tak ada apa yang sempurna dalam hidup kita sebagai insan. Yang sempurna hanyalah pencipta kita sahaja. So,kalau budak-budak sekolah yang bercinta tu berenti la kalau cinta kome hanya membawa kepada kecerunan akademik. Ingat bahawa kita sekolah 11-12 tahun je. Baki hidup kita tu la yang memerlukan kecemerlangan akademik. Akademik yang akan menentukan hala tuju hidup kita semua lepas ekolah. Sekaligus menentukan pasangan hidup kita juga. Kalau dah jadi doctor,siapa yang xnak. Tapi kalau setakat jadi tukang sapu je cam ne pulak? Bukan nak mengutuk tukang sapu. Tukang sapu yang ada ni mungkin tak berpeluang nak melanjutkan pelajaran. Tapi kalau jadi tukang sapu atas sebab malas belajar,asyik dengan bercinta masa sekolah memang padan la dengan muka.

Yerp,aku tau cakap memang senang. Tak keluar duit pun cakap. Tapi kalau kita boleh merialisasikan setiap percakapan kita,angan-angan kita,kita berjaya mencapai matlamat hidup seperti yang kita inginkan. Fikiran mesti penuh dengan matlamat jika kita ingin berjaya.

Monday, November 30, 2009

Cinta-Cinta-Cinta

u know i cant smile without u
i cant smile without u
i cant laugh
and i cant sing
finding it hard to do anything

u see i feel sad when ur sad
i feel glad when ur glad
if u only knew what im going through
i just cant smile without u

Mungkin orang selalu kata yang cinta ini sesuatu yang indah. Indah ke bila perempuan yang kita cintai itu indah hanya pada paras rupa. Cinta itu selalunya indah,tapi manusia yang berakal akan mengubah cinta itu menjadi seburuk-buruk rupa yang kita boleh bayangkan. Semua yang diciptakan olehNya adalah indah-indah belaka. Kita juga adalah sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini. Tetapi adakah kita telah berjaya menjadi makhluk yang sebaik-baik di ciptakan. Aku juga tidak tercapai. Ingatlah bahawa cinta itu hanya samaran sementara kepada maksiat. Kita boleh mengubah cinta menjadi yang Halal. Semuanya terletak kepada tangan kita yang masih bisa berfikir dengan baik.

Aku pun masih mencari apa itu cinta yang sebenarnya. Tetapi masih x jumpa-jumpa. Setiap yang kita mahu perlulah disertakan dengan niat yang baik dan juga usaha yang gigih. Sesuatu yang indah perlukan satu pengorbanan. Pengorbanan yang dimaksudkan di sini bukanlah satu bentuk upacara 'sacrifice' yang diamalkan oleh ajaran sesat. Pengorbanan di sini adalah kita harus mengorbankan perlakuan kita yang sudah menjadi kebiasaannya. Kebiasaan yang baik boleh di amalkan,tetapi yang kurang baik harus ditinggalkan.

Andai kata kita telah mendapat seorang jodoh yang baik,mungkinkah kita cukup baik buat jodoh kita? Jika kita mendapat jodoh yang sempurna agama dan paras rupa,adilkah kita yang masih di takuk lama? Cukup bernasib baik jika kita dapat jodoh yang diinginkan. Seterusnya apakah itu cinta masa remaja. Semua orang pasti atau sudah melalui zaman kegemilangan hidup manusia. Zaman remaja dianggap kegemilangan dalam hidup seorang insan. Pada masa ini lah manusia harus memilih sama ada masih ingin berlagak kebudak-budakan atau mengubah pendirian untuk menjadi seorang yang lebih matang.

Ramai diantara rakan aku yang berkata hidup zaman remaja ada x sampai 10 tahun. Jadi enjoy lah! Dan aku tak takut untuk mengatakan ramai akan bersetuju dengan pernyataan ini. Ada juga yang beranggapan masa remaja ini pendek. Masa dewasa lagi banyak. Enjoy kat zaman remaja lah. Aku pun suka dengan pernyataan ni. Macam hebat. Tapi bila kita tengok balik dalam hidup ni,jangka hayat x menentu. Tambahan pula semakin bertambah zaman semakin berkurang jangka hayat manusia. Jika dilihatkan ini ada betulnya. Cuba kita renung kembali pada zaman dahulu. Manusia boleh hidup sehingga 1000 tahun. Zaman sekarang,seseorang yang mencapai hidup sehingga 80 tahun pun sudah cukup bertuah. Jika umur 80 tahun pun dah berkerut berkedut-kedut muka,apatah lagi 920 tahun lagi.

Zaman remaja dalah waktu yang paling banyak kita dilanda dugaan dan musibah. Masa ini kita mula mengenal erti cinta. Semua orang nak berpasangan. Aku pun macam tu. Kalau kata kita x de kapel. Eh,mustahil lah,takkan x de kot. Ini lah yang biasa di cakapkan oleh remaja sekarang. Ada juga yang malu jika tak bermakwe atau berpakwe. Yang ini aku tak pernah rasa. Tapi ada kawan aku yang rasa macam tu. Aku nak nasihat pun x tercapai di akalmu. Nasihat kene banned,x buat pape rasa simpati pulak kat budak tuh. Rasa terbeban kerana x de kapel. Akhirnya,asal ada orang yang minat pun jadi lah. Oleh kerana itu lah kita sering melihat pasangan yang kita anggap tak menarik dan tak sepadan langsung. Ini disebabkan oleh perasaan yang tak sabar-sabar nak merasakan bahagia alam percintaan. Ada yang kita lihat satu berisi satu lagi kurus. Ada yang elok paras rupa tapi perempuannya bukan nak cinta,tetapi nak harapkan belanja sahaja. Begitu juga sebaliknya.

Aku pun tak sabar-sabar nak merasakan zaman percintaan. Aku nak merasakan alam percintaan tuh macam mana. Aku pun nak jugak rasa macam mana agaknya rasa bangga bila berkapel dengan anak orang kaya yang mempunyai paras rupa yang jelita. Jika aku dapat macam tu,aku tengah mimpi la tuh. Susah untuk menharapkan perkara perfect dalam dunia. Semua tu hanya wujud di syurga sahaja. Kalau kita berjaya ke tempat ini,kita boleh dengan senang lenang mintak sesuatu yang sangat perfect. Makanan rasa tak ada langsung cacat cela. Bidadari sehinggakan tak kelip mata memandang. Pada masa ini pergi lah main dengan puas hati kerana kamu dah susah payah di dunia.

Aku tau cakap memang senang. Talk is cheap. Pakcik jaga pun boleh bagi ceramah mengalahkan pensyarah di universiti antarabangsa yang lain. Tapi setiap perbuatan harus disertakan sekali dengan perbuatan,praktikal yang selalunya kita tak mampu nak buat. Tapi benda macam ni x mustahil. Tak de mende yang mustahil. Yang Confirm mustahil mati hidup balik jer.
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management