Monday, January 19, 2015

Nvidia GTX 960???

Seperti biasa, apabila dengar-dengar khabar bahawa ada model baru untuk barang2 teknologi, tak kiralah sama ada barang komputer, laptop, mahupun mobile. Mesti ada laman web yang akan leak kan maklumat mahupun gambar.

So baru-baru ni, laman web Videocardz.com dah banyak keluarkan dari spesifikasi, sehinggalah beberapa model GTX960.

Kad yang dibuat untuk tak menampakkan jurang antara Hardcore Gamers dan pengguna yang nak stay on budget. GTX 960 akan dimuatkan dengan memori 2GB DDR5, menggunakan Core GM206 1024 CUDA, berbanding GTX970 dan 980 yang menggunakan 28nm GM204. GPU Clock GTX 960 mencapai  1127MHz, dan memory speed yang effisyen sehingga 9.3 gigabit sesaat.

Bahasa mudahnya, kemampuan GTX 960 ialah dua kali ganda GTX 750 dan separuh daripada GTX 980. GTX 960 merupakan pengganti bagi yang tidak mampu untuk membeli GTX 980, namun pada prestasi yang hampir dengan GTX 980


I/O untuk preference GPU GTX960 ialah termasuk HDMI 2.0, dua DVI, dan satu DisplayPort 1.2. 6-pin PCI-Express power connector akan diperlukan untuk pemasangan kad dengan 120 watt. Walaupun begitu, spesifikasi ini hanya untuk preference GPU. Spesifikasi setiap kad dari third party akan berbeza-beza

Fokus utama untuk Nvidia dalam GTX 960 ialah OC Potential. GTX 960 mampu memproses sehingga 1500MHz clock speed, dan kapasiti memori sehingga 7.5Gbps.


 GTX 960 akan menjadi kad bajet yang sempurna, dan dengan mudah mampu mengendalikan permainan 1080p pada 60fps tanpa lag. Dah ada beberapa games yang diuji seperti Battlefield 4, Assassin Creed:Unity ini, dan Civilization: Beyond Earth.





Dengar khabar Nvidia nak lancar secara rasmi GTX 960 pada 22Januari2015

GeForce GTX 960 tak target untuk capai kad paling laju, tetapi ianya berjaya berada di posisi pertengahan. Prestasi GTX 960 adalah hampir dengan Radeon R9 280 dan R9 285, namun pun begitu, masih perlu dinilai dari segi default clock speed.






Ada beberapa lagi GTX 960 dari third party yang dah leak.

ASUS STRIX GTX960



ASUS STRIX GTX 960 adalah GPU Overclocked dilengkapi dengan DirectCU II. GTX 960 akan menampilkan 0 dB teknologi (seperti biasa), teknologi yang sama yang boleh didapati di semua grafik kad STRIX. Kad itu sendiri adalah agak kecil, mungkin lebih afdhalnya (terbaik) untuk mini-ITX membina. Ia kelihatan seperti STRIX GTX 750 Ti, namun ia mempunyai I/O port lebih.


EVGA GeForce GTX960 Superclocked

Bagi peminat ACX 2.0 Cooler, EVGA membawa GTX Superclocked 960.

The GTX 960 Superclocked memerlukan Single 8-pin Power Connector. Ia mempunyai full covered plat base , dua heat sink disambungkan antara satu sama lain dengan tiga Copper Heat Pipe.ACX 2.0 mempunyai dua 80mm 11-bilah kipas. Core clock still dirahsiakan.






ZOTAC GTX 960

ZOTAC mempunyai empat lagi GTX 960 kad dalam pembuatan. GTX 970 ZOTACmemerlukan  6-pin Power Connector. Model Overclocked ini menjana sehingga 1177/1240 clock MHz.





ZOTAC GTX 960 AMP

Di sini adalah model yang ingin dimiliki,tapi tak mampu. Dwi-kipas AMP! edisi. Kad lebih berkuasa seperti 970 dan 980 boleh didapati dengan edisi tiga sistem  kipas penyejukan yang sama.GTX 960 walaubagaimanapun, tidak demanding seperti kad yang dijanakan GM204, oleh itu hanya 2 kipas penyejuk diperlukan.

Walaupun ia kelihatan baik, ia hanya mempunyai satu 6-pin Power Connector, oleh itu kemampuan GPU ini untuk jangkaan overclocker, masih diragui. Bagaimanapun, ia mempunyai backplate, jadi jika anda jenis yang berbackplate , ini adalah kad yang sempurna untuk anda. AMP! model mempunyai Clock GPU dari 1266/1329 MHz.





Beberapa lagi model GTX 960:

Gigabyte G1 Gaming GTX 960



 MSI GTX 960 OC



MSI GTX 960 GAMING 2G






 GTX 960 100 MILLION Edition



KFA2 GTX 960





Sumber : MyDrivers, VideoCardz, DigitalTrends

Wednesday, September 24, 2014

STRIX GTX970

Bagi penggemar PC dan Overclocking, korang mesti dah dengar berita tentang line GTX baru 980 & 970... Mana hilang 8 Series? haha..ak tak tau nak jawab... Tak baca habis...

Anyway, review tentang Brand baru dari ASUS, STRIX.

Objektif ASUS melancarkan STRIX adalah bagi penggemar game, yang bermasalah dengan bunyi kipas yang kuat, tapi still nak GPU performance kekal peak. STRIX didatangkan dengan system 0db fan noise. 

Bermaksud, jika game yang korang main tu tak memerlukan untuk STRIX GPU bekerja keras, kipas takkan on. Contoh game macam DOTA, LOL, game2 yang ala2 je... tapi kalau korang dah start main Tengok Anjing, PadangLawan 4, Cengkaman Autosport, kipas akan berfungsi.

Tapi still pada noise level yang rendah.


Sebab nak review STRIX GTX 970, jom tengok dulu Specs GPU asal Nvidia GTX 980 & 970.
GTX 980 & 970 mempunyai memory yang sama iaitu 4GB DDR5 256-bit.

Yang beza adalah Base Clock, Cuda Cores, Boost Clock...
Standard lah, kalau GTX 980 mahal skit dari 970. 
Sekarang tgk pula Specs STRIX GTX 970 punya berbanding reference GPU


Base Clock dengan Boost Clock dah meningkat bro~
Lagi satu kelebihan STRIX punya series 970, system die boleh bertahan sampai 67°c tanpa kipas ON BRO!

Lebih yang lain standard lah, clocking speed mesti laju dari reference. Kalau tak de beza baik takyah letak STRIX tu kan? Dan kalau lagi teruk dari reference, baik beli standard GTX 970.

STRIX GTX 970 Start dari harga RM1399

STRIX GTX 970 menggunakan 10mm pipe DirectCU II Cooling tech. 40 % haba dibawa berlari2 anak dari GPU. Rekabentuk GPU Strix GTX 970 juga mampu untuk membebawskan haba lebih 220%. Yang paling penting 30% lebih SEJUK dan 3x lebih SENYAP dari reference GTX 970


dari series ROG sampai STRIX, hitam merah mmg mengancam..

Backplate yang lebih kurang dgn ROG series..


tengok IO ada 4  port.
  1. Display Port 1.2
  2. HDMI 2.0
  3. 2 DVI (DVI-D & DVI-I)
STRIX GTX 970 adalah sedikit tinggi berbanding referenc GTX 970. Kalau letak sebelah2, SLi slot STRIX GTX 970 tinggi sedikit berbanding reference. Panjang kad pn bertambah dari 10.5 inci ke 11 inci.

Still ada 3-way SLi
Reference GTX970 guna dual 6-pin PCI-E Connectors.
STRIX GTX 970 guna single 8-pin connector. So, STRIX GTX guna letrik kurang berbanding reference GTX 970. Better bagi pencinta alam dan eco-friendly.
Atau bagi yang kuat main game dan tak nak bil letrik melambung.


Bedah siasat. Nak bukak pon senang. 4 Skru kt backplate, then BOOM!


166 Watt je bro...so it is less power consumed. bagi yang nak upgrade GPU, tapi PowerSupply dah terbeli yang 500-600 watt je..Mohon angkat STRIX sekarang.. 

So untuk review yang lebih mendalam lagi aku cadangkan korang baca Guru3D untuk review yang lebih mantop. Siap ada thermal imaging lagi.

Lagi satu...aku belanja skit gambar EVGA Geforce GTX 980 HydroCopper punya line pulak


Meleleleleleleh bro...



"Sampaikan kepada aku WALAU SATU AYAT"


Tuesday, September 23, 2014

Komputer Slow, Nak tambah RAM?

"Bro, komputer gua slow la sekarang. Nak upgrade RAM lah"
"Bro, ada jual Performance RAM untuk Laptop tak. Nak beli lah. Komputer Slow"
"Bro, tolong Restore laptop aku. Slow sangat lah."

Korang pernah tak teratanya-tanya apa itu RAM?
Macam mana ram berfungsi?
Bila masa perlu untuk upgrade RAM?
Perlu ke tak upgrade RAM?
RAM ke atau bende lain yang perli ditukar?

Korang kene tau dulu macam mana RAM berfungsi. RAM adalah singkatan bagi Random Access Memory. Sebab apa nama die Random? Sebab mcm tu lah RAM berfungsi. RAM akan membaca data secara Rawak.

Ibaratkan data,adalah lagu dalam playlist smartphone korang. Korang boleh pilih lagu yang korang nak dengar, dan korang boleh skip2 kan? Lagu ni tak sedap, korang bukak playlist, pilih lagu yang lain walaupun jarak lagu antara lagu tu jauh.

Lawan bagi RAM adalah SAM, iaitu singkatan bagi Serial Access Memory. SAM ni macam korang dengar lagu kat kaset. Kalau korang tak suka sesuatu lagu, korang tak boleh pilih2, korang kene dengar juga atau fowardkan sampailah korang jumpa lagu yg korang suka. SAM berkerja macam tu. Untuk mencari sesuatu data, SAM perlu bekerja membaca data dari awal sehinggalah data yang dikehendaki itu dijumpai.

CPU akan memproses data ke RAM. RAM akan proses data untuk dihantar ke Hardisk atau SSD korang.

Soalan jenis ni selalu bermain di minda kan kalau laptop atau komputer korang slow.

Korang guna laptop atau komputer korang untuk kegunaan yang macam mana. Masa komputer korang slow, korang pernah tak cek Task Manager untuk lihat kadar gunaan RAM korang?
Macam mana nak cek?

Press Ctrl+Shift+Esc untuk terus bukak Task Manager. Atau korang suka Cara Tradisional, tekan Ctrl+Alt+Del, lepas klik Task Manager.


So, perhatikan kat ruang Memory. Memory keseluruhan aku ada 8GB. Tapi aku baru guna lebih kurang 33% sahaja RAM. Maksudnya RAM aku takde masalah.

Tapi Kalau korang punya RAM usage dah sampai 80-90%, korang tengok pulak macam mana korang guna komputer korang.

Cek korang punye Internet Browser. Korang bukak tab banyak2 ke?
Ke korang Multitask terlampau banyak. Contohnya, Download+Main game+ Dengar lagu + Webcam Chat + blablablabla...

So, terlampau banyak sangat multitask mana2 komputer pn akan lambat. That's an issue mcm mana korang guna komputer korang, bukan masalah RAM. Tapi kalau korang still suka lanyak komputer korang macam tu, tambah RAM boleh menyelesaikan masalah korang. Mungkin korang boleh tukar sekali Hardisk korang kepada SSD, atau better PCI SSD. Baru laju.

Ni SSD biasa. INTEL 730 SSD.

Ni Plextor PCI-E SSD.


Kalau RAM pn x de masalah, ruang CPU pn tak habis guna, tapi komputer korang tetap slow.
Berikut mungkin ada masalah :


  • Malware
  • Virus
  • Tak update Software

Software component tak update pn boleh menjadi penyumbang kepada masalah komputer Slow. So rajin2 lah bukak tengok software korang mana yang dah lama tak update. 

Kalau Software ok, RAM cukup, Virus tarak, dan korang rasa komputer korang tak cukup laju lagi untuk memenuhi keperluan nafsu teknologi korang. It is time untuk TUKAR HDD anda kepada SSD
Gi je kat kedai tanya berapa harga. Mintak Dorang tukarkan sekali.

Berapa Beza harga SSD dengan HDD?

HDD 1TB harga dalam RM2++ mengikut kelajuan
SSD pula 120GB dalam RM3++ mengikut performance, jenama, ketahanan dan lain2 lagi lah.

So, tepuk dada tanyalah nafsu korang. Kalau jenis selalu nak edit video, nak trasnfer gambar2, nak edit2 gambar.

RAM & SSD amat korang perlukan untuk melancarkan lagi kerja korang.

Kalau korang guna untuk Office (tu pun pirate), PDF, Prezi, tengok Youtube bla bla bla. Just manage how you use your Laptop or Computer.

Ni contoh RAM Laptop DDR3

Ni Contoh RAM Desktop DDR3

Kalau nak tukar RAM,tengok korang punya RAM DDR berapa. Jangan tertukar.

:D

Monday, September 22, 2014

Apa itu DDR4? Relevankah untuk bertukar?

 Sebelum mengetahui apakah DDR4, anda perlu tahu terlebih dahulu apakah RAM dan apakah CPU Cache.



CPU Cache dalam bahasa mudahnya adalah keupayaan Processor untuk berkerja dengan cepat. CPU cache ibarat stamina bagi seorang pekerja.

RAM pula adalah efisensi seorang pekerja melakukan perkerjaan dengan pantas. Dalam bahasa yang lebih mudah adalah peralatan yang digunakan oleh seorang pekerja untuk membantu pekerjaan beliau.

RAM hanya bertindak untuk membantu upaya CPU supaya memproses data dengan lebih pantas dan efisen. RAM yang laju ibarat segala peralatan yang diperlukan oleh CPU untuk memproses data berada di sekitar CPU sahaja, tanpa perlu CPU bergerak jauh untuk mendapatkan peralatan.



DDR4, teknologi yang semakin maju daripada DDR3 (Come on...)

Yerp, terdapat banyak kelebihan DDR4 memory. Tapi korang mampu nak tukar satu set motherboard dengan Processor yang baru semata-mata nak pakai RAM DDR4?

Tepuk dada tanya selera. Keperluan atau semata-mata kemahuan?

Bagi mereka yang masih sangsi berkenaan harga set Motherboard dan processor yang menyokong sistem DDR4, harganya bukan pada taraf mampu milik.

Motherboard yang menyokong sistem DDR4 adalah Chipset x99 dengan socket LGA2011v3.
Socket LGA2011v3 tidak sama dengan LGA2011 yang biasa.
Jika anda mempunyai processor i7-4820K atau I7-4960X, jangan bermimpi untuk menikmati performance chipset X99.

Processor yang menggunakan socket LGA2011v3 adalah:
  • I7 5820K 3.30GHz 15M cache dengan Turbo Boost 3.60 (RM1250)
  • I7 5930K 3.50GHz 15M cache dengan Turbo Boost 3.70 (RM1850)
  • I7 5960X 3.00GHz 20M cache dengan Turbo Boost 3.50 (RM3+++)


MotherBoard yang dah mengeluarkan X99 Chipset adalah
  • Gigabyte G1 (RM1050)
  • Gigabyte X99 UD4  (RM1400)
  • Asus X99  (RM1530)
  • Asus Rampage V Extreme  (RM1930)

So, setakat ni aku mampu tengok je.
Oh ya! bagi harga RAM DDR4, yang just keluar untuk versi Performance RAM sahaja, juga agak keluar dari bajet aku sebagai Rakyat Marhaeeeeen...

Corsair Dominator Platinum 2800C16 4GB x 4  (RM19++)



Dikhabarkan DDR4 mempunyai lebih 20 fitur baru berbanding DDR3. Antaranya ialah :

  • Quad Channel RAM
  • Data Transfer yang tinggi
  • Penggunaan Voltage yang rendah pada 1.2V per stick
  • Frekuensi antara 1600MHz-3200MHz. G.Skill RipjawsZ dah pernah Overclock sampai 4010MHz
  • DDR4 RAM mampu menyokong memori sehingga 128GB PER STICK!!!
    Jom main kira-kira.. 128GB X 4 = 512GB RAM... Tapi takde la lagi, cuma nak menyatakan bahawa DDR4 mampu menyokong 128GB per stick.

*Siapa yang nak tukar kepada DDR4, kira-kira bajet dulu. Alang-alang nak tukar, boleh buat satu set Liquid Cooling terus.

:D 

Nvidia GTX 980

Baru-baru ni, dunia Gamers masih mengalami kejutan budaya dengan pelancaran Graphic Card baru dari Nvidia iaitu GTX 980.


Jadi, apa yang istimewa ada pada GTX 980? Did you really need it, atau hanya menunjukkan yang anda mampu memilikinya..

Hahaha..

Sebelum ini, title 'Fastest GPU' dipegang oleh AMD dengan model r9 295x2 dengan 8GB GDDR5. Tak lupa dengan harga r9 295x2 bermula pada RM5000 dan ke atas (boleh buat bayar duit muka kereta). 

Namun, title 'World Fastest GPU' kini beralih tangan semula kepada Nvidia dengan model GTX 980.
GTX 980 menggunakan Maxwell Architecture, sama seperti GTX 750 Ti. 


Apa perbezaan antara Maxwell architecture dengan Kepler architecture?
Perbezaan yang paling ketara antara keduanya adalah Maxwell menggunakan teknologi Streaming Multiprocessor (SM) yang jelas menambah effisensi per core dan meningkatkan peratusan prestasi per watt. Klik untuk maklumat lanjut tentang Maxwell Architecture.

Apa yang ada pada GTX 980. Nvidia meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap GTX 980 dengan menyatakan bahawa GTX 980 mampu menyokong teknologi seterusnya dari Microsoft seperti DirectX 12 API, Dynamic Super Resolution, Multi-Frame Sampled AA, Voxel Global Illumination, dan VR Direct. 


GTX 980 berjaya mengurangkan penggunaan Watt berbanding GTX 680 sebanyak 30 watt, iaitu dari penggunaan GTX 680 sebanyak 195 watt kepada GTX 980 yang hanya menggunakan 165 watt. Jika dibandingkan dengan GTX 780 Ti, perbezaan yang amat ketara iaitu dari 250 watt ke 165 watt. 

Jika dibandingkan secara terus antara GTX 780 Ti dengan GTX 980, adalah seperti satu perbandingan yang berat sebelah kerana GTX780 Ti adalah unlocked performance GPU dan GTX780 Ti menggunakan watt yang tinggi. 

GTX 980 pula hanya menggunakan 165, iaitu 34% penggunaan watt yang lebih effisen berbanding GTX 780 Ti, namun mampu untuk mencapai prestasi yang hampir sama dengan GTX 780 Ti.

Backplate baru :D


Bermula dengan PCI-Express 3.0 x16 bus interface,  256-bit wide GDDR5 memory interface, dan display controller untuk menyokong sehingga tiga paparan Ultra HD , dan menyokong sehingga 5 paparan biasa. GTX 980 menyokong HDMI 2.0,dan mempunyai bandwith yang cukup untuk memacu paparan Ultra HD pada 60 Hz refresh rates. Kawalan paparan GTX 980 mampu untuk menyokong paparan 5K (5120x2880, 4 kali pixel dari paparan QuadHD).GTX 980 mempunyai 256-bit keluasan memory interface, dan mempunyai memory sebanyak 4GB GDDR5, dengan bus berkelajuan 7.00 GHz pada kedua-dua GTX 980 dan GTX 970, yang memacu memori bandwidth pada 224 GB/s.



Render Output Units (ROP) juga meningkat dari GTX 680 dan GTX 780 Ti yang masing-masing hanya mempunyai 32 dan 48 sahaja, manakala GTX 980 mempunyai 64 ROP

Dynamic Super Resolution (DSR)


Feature yang menarik pada GTX 980 adalah DSR, iaitu keupayaan quality paparan 4K, pada paparan 1080p. DSR adalah dalam bahasa yang lebih mudah ialah Super Sampling Anti Aliasing. So, teknologi ini membolehkan SSAA pada X2,X3 mahupun X4 pada paparan 4k untuk di kompak kan dan disesuaikan dengan paparan 1080p.

Adakah DSR mampu untuk menyaingi atau sama dengan prestasi paparan 4K? Jawapannya adalah TIDAK. Namun ianya lebih bagus dari paparan biasa 1080p. Ia hanya menjadikan paparan 1080p mempunyai kejelasan seakan-akan paparan 4K.

VR DIRECT


Bagi pengguna virtual reality, GTX 980 adalah satu advantage bagi anda, kerana GTX 980 mempunyai teknologi VR Direct, iaitu teknologi yang menyesuaikan kadar bacaan grafik dengan pergerakan perkakas Virtual Reality anda seperti Oculus Rift. Dengan ini, paparan grafik pada paparan VR anda takkan nampak lag.

Fitur Ekstra



Fitur Extra pada keupayaan rendering GTX 980 adalah TURF EFFECTS dan Physx Flex yang baru. Turf Effect adalah keupayaan rendering urat-urat halus yang beralun seperti rumput dan rambut. Alunan rambut dan rumput akan tampak lebih realistik dan lebih halus.

Physx Flex akan menampakkan formasi yang lebih jelas kepada tekstur air, alunan tali,gas dan lain-lain. Ia juga menyokong kepada Unreal Engine 4 yang akan datang.

VOXEL GLOBAL ILLUMINATION

VOXEL : Volume Pixel


Permasalahan utama dalam pembinaan Grafik adalah untuk mengaplikasikan pencahayaan dalam grafik, sama seperti pencahayaan realiti. Namun VGI hanya muncul dalam Unreal Engine 4. Jadi, sekali lagi penantian adalah satu penyeksaan.


Gambar di atas merupakan contoh grafik tanpa penggunaan VGI. Kadar pencahayaan seakan lengkap, tetapi sebenarnya tidak. Masih terdapat bahagian yang tidak mendapat pencahayaan seperti pencahayaan realiti. Cara yang paling mudah untuk mengira kadar cahaya adalah dengan menggunakan kaedah Direct Lighting.


Direct lighting adalah kaedah penalaan cahaya terus kepada permukaan yang mampu dicapai sahaja. Jika diperhatikan bahagian atas bola sangat cerah manakala bahagian bawah bola pula terlindung. Apa yang kurang? REFLEKSI. 


Voxel Opacity merupakan kaedah Blok yang digunakan untuk mengira permukaan yang menghalang cahaya dengan menggunakan Blok-Blok. Geometri pada permukaan sfera membantu untuk mengenal pasti cahaya yang terhalan pada permukaan sfera dengan lebih jelas.


Emissive Voxel adalah menggunakan semula kaedah Direct Lighting, tetapi kepada permukaan Voxel dimana permukaan sfera berblok membantu untuk mengenal pantulan cahaya dan refleksi yang hilang dengan lebih jelas.


2nd Bounce Diffuse adalah kaedah untuk menjelaskan lagi pantulan dari persekitaran bola. Dimana kita lihat bahagian kiri kelihatan kemerah-merahan kerana pantulan dari dinding sebelah kiri yang berwarna merah. Begitu juga dengan sebelah kanan bola yang kehijau-hijauan kerana dinding sebelah kanan adalah berwarna hijau.

Jika diperhatikan pula pada permukaan dinding, dinding sebelah kiri sepatutnya berwarna merah tetapi kelihatan kehijau-hijauan. Ini kerana dinding sebelah kiri yang berwarna merah mendapat pantulan cahaya dari dinding hijau di sebelah kanan. Begitu juga dengan dinding sebelah hijau yang mendapat pantulan kemerah-merahan dari dinding sebelah kiri.

Penditilan sebegini akhirnya akan mengolah persekitaran pencahayaan grafik yang hampir sama dengan kadar pencahayaan realiti.


Kesemua proses tadi akan digabungkan menjadi satu imej yang lebih lengkap dari segi pencahayaan dan refleksi yang lebih ditil.

_________________________________________________________________________

Kesemua fitur ini boleh didapati di dalam satu GPU sahaja. Bermula pada harga RM1800 ke atas.

:D

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management