Monday, September 22, 2014

Nvidia GTX 980

Baru-baru ni, dunia Gamers masih mengalami kejutan budaya dengan pelancaran Graphic Card baru dari Nvidia iaitu GTX 980.


Jadi, apa yang istimewa ada pada GTX 980? Did you really need it, atau hanya menunjukkan yang anda mampu memilikinya..

Hahaha..

Sebelum ini, title 'Fastest GPU' dipegang oleh AMD dengan model r9 295x2 dengan 8GB GDDR5. Tak lupa dengan harga r9 295x2 bermula pada RM5000 dan ke atas (boleh buat bayar duit muka kereta). 

Namun, title 'World Fastest GPU' kini beralih tangan semula kepada Nvidia dengan model GTX 980.
GTX 980 menggunakan Maxwell Architecture, sama seperti GTX 750 Ti. 


Apa perbezaan antara Maxwell architecture dengan Kepler architecture?
Perbezaan yang paling ketara antara keduanya adalah Maxwell menggunakan teknologi Streaming Multiprocessor (SM) yang jelas menambah effisensi per core dan meningkatkan peratusan prestasi per watt. Klik untuk maklumat lanjut tentang Maxwell Architecture.

Apa yang ada pada GTX 980. Nvidia meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap GTX 980 dengan menyatakan bahawa GTX 980 mampu menyokong teknologi seterusnya dari Microsoft seperti DirectX 12 API, Dynamic Super Resolution, Multi-Frame Sampled AA, Voxel Global Illumination, dan VR Direct. 


GTX 980 berjaya mengurangkan penggunaan Watt berbanding GTX 680 sebanyak 30 watt, iaitu dari penggunaan GTX 680 sebanyak 195 watt kepada GTX 980 yang hanya menggunakan 165 watt. Jika dibandingkan dengan GTX 780 Ti, perbezaan yang amat ketara iaitu dari 250 watt ke 165 watt. 

Jika dibandingkan secara terus antara GTX 780 Ti dengan GTX 980, adalah seperti satu perbandingan yang berat sebelah kerana GTX780 Ti adalah unlocked performance GPU dan GTX780 Ti menggunakan watt yang tinggi. 

GTX 980 pula hanya menggunakan 165, iaitu 34% penggunaan watt yang lebih effisen berbanding GTX 780 Ti, namun mampu untuk mencapai prestasi yang hampir sama dengan GTX 780 Ti.

Backplate baru :D


Bermula dengan PCI-Express 3.0 x16 bus interface,  256-bit wide GDDR5 memory interface, dan display controller untuk menyokong sehingga tiga paparan Ultra HD , dan menyokong sehingga 5 paparan biasa. GTX 980 menyokong HDMI 2.0,dan mempunyai bandwith yang cukup untuk memacu paparan Ultra HD pada 60 Hz refresh rates. Kawalan paparan GTX 980 mampu untuk menyokong paparan 5K (5120x2880, 4 kali pixel dari paparan QuadHD).GTX 980 mempunyai 256-bit keluasan memory interface, dan mempunyai memory sebanyak 4GB GDDR5, dengan bus berkelajuan 7.00 GHz pada kedua-dua GTX 980 dan GTX 970, yang memacu memori bandwidth pada 224 GB/s.



Render Output Units (ROP) juga meningkat dari GTX 680 dan GTX 780 Ti yang masing-masing hanya mempunyai 32 dan 48 sahaja, manakala GTX 980 mempunyai 64 ROP

Dynamic Super Resolution (DSR)


Feature yang menarik pada GTX 980 adalah DSR, iaitu keupayaan quality paparan 4K, pada paparan 1080p. DSR adalah dalam bahasa yang lebih mudah ialah Super Sampling Anti Aliasing. So, teknologi ini membolehkan SSAA pada X2,X3 mahupun X4 pada paparan 4k untuk di kompak kan dan disesuaikan dengan paparan 1080p.

Adakah DSR mampu untuk menyaingi atau sama dengan prestasi paparan 4K? Jawapannya adalah TIDAK. Namun ianya lebih bagus dari paparan biasa 1080p. Ia hanya menjadikan paparan 1080p mempunyai kejelasan seakan-akan paparan 4K.

VR DIRECT


Bagi pengguna virtual reality, GTX 980 adalah satu advantage bagi anda, kerana GTX 980 mempunyai teknologi VR Direct, iaitu teknologi yang menyesuaikan kadar bacaan grafik dengan pergerakan perkakas Virtual Reality anda seperti Oculus Rift. Dengan ini, paparan grafik pada paparan VR anda takkan nampak lag.

Fitur Ekstra



Fitur Extra pada keupayaan rendering GTX 980 adalah TURF EFFECTS dan Physx Flex yang baru. Turf Effect adalah keupayaan rendering urat-urat halus yang beralun seperti rumput dan rambut. Alunan rambut dan rumput akan tampak lebih realistik dan lebih halus.

Physx Flex akan menampakkan formasi yang lebih jelas kepada tekstur air, alunan tali,gas dan lain-lain. Ia juga menyokong kepada Unreal Engine 4 yang akan datang.

VOXEL GLOBAL ILLUMINATION

VOXEL : Volume Pixel


Permasalahan utama dalam pembinaan Grafik adalah untuk mengaplikasikan pencahayaan dalam grafik, sama seperti pencahayaan realiti. Namun VGI hanya muncul dalam Unreal Engine 4. Jadi, sekali lagi penantian adalah satu penyeksaan.


Gambar di atas merupakan contoh grafik tanpa penggunaan VGI. Kadar pencahayaan seakan lengkap, tetapi sebenarnya tidak. Masih terdapat bahagian yang tidak mendapat pencahayaan seperti pencahayaan realiti. Cara yang paling mudah untuk mengira kadar cahaya adalah dengan menggunakan kaedah Direct Lighting.


Direct lighting adalah kaedah penalaan cahaya terus kepada permukaan yang mampu dicapai sahaja. Jika diperhatikan bahagian atas bola sangat cerah manakala bahagian bawah bola pula terlindung. Apa yang kurang? REFLEKSI


Voxel Opacity merupakan kaedah Blok yang digunakan untuk mengira permukaan yang menghalang cahaya dengan menggunakan Blok-Blok. Geometri pada permukaan sfera membantu untuk mengenal pasti cahaya yang terhalan pada permukaan sfera dengan lebih jelas.


Emissive Voxel adalah menggunakan semula kaedah Direct Lighting, tetapi kepada permukaan Voxel dimana permukaan sfera berblok membantu untuk mengenal pantulan cahaya dan refleksi yang hilang dengan lebih jelas.


2nd Bounce Diffuse adalah kaedah untuk menjelaskan lagi pantulan dari persekitaran bola. Dimana kita lihat bahagian kiri kelihatan kemerah-merahan kerana pantulan dari dinding sebelah kiri yang berwarna merah. Begitu juga dengan sebelah kanan bola yang kehijau-hijauan kerana dinding sebelah kanan adalah berwarna hijau.

Jika diperhatikan pula pada permukaan dinding, dinding sebelah kiri sepatutnya berwarna merah tetapi kelihatan kehijau-hijauan. Ini kerana dinding sebelah kiri yang berwarna merah mendapat pantulan cahaya dari dinding hijau di sebelah kanan. Begitu juga dengan dinding sebelah hijau yang mendapat pantulan kemerah-merahan dari dinding sebelah kiri.

Penditilan sebegini akhirnya akan mengolah persekitaran pencahayaan grafik yang hampir sama dengan kadar pencahayaan realiti.


Kesemua proses tadi akan digabungkan menjadi satu imej yang lebih lengkap dari segi pencahayaan dan refleksi yang lebih ditil.

_________________________________________________________________________

Kesemua fitur ini boleh didapati di dalam satu GPU sahaja. Bermula pada harga RM1800 ke atas.

:D

0 conteng tangan:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management