Bagi penggemar PC dan Overclocking, korang mesti dah dengar berita tentang line GTX baru 980 & 970... Mana hilang 8 Series? haha..ak tak tau nak jawab... Tak baca habis...
Anyway, review tentang Brand baru dari ASUS, STRIX.
Objektif ASUS melancarkan STRIX adalah bagi penggemar game, yang bermasalah dengan bunyi kipas yang kuat, tapi still nak GPU performance kekal peak. STRIX didatangkan dengan system 0db fan noise.
Bermaksud, jika game yang korang main tu tak memerlukan untuk STRIX GPU bekerja keras, kipas takkan on. Contoh game macam DOTA, LOL, game2 yang ala2 je... tapi kalau korang dah start main Tengok Anjing, PadangLawan 4, Cengkaman Autosport, kipas akan berfungsi.
Tapi still pada noise level yang rendah.
Sebab nak review STRIX GTX 970, jom tengok dulu Specs GPU asal Nvidia GTX 980 & 970.
GTX 980 & 970 mempunyai memory yang sama iaitu 4GB DDR5 256-bit.
Yang beza adalah Base Clock, Cuda Cores, Boost Clock...
Standard lah, kalau GTX 980 mahal skit dari 970.
Sekarang tgk pula Specs STRIX GTX 970 punya berbanding reference GPU
Base Clock dengan Boost Clock dah meningkat bro~
Lagi satu kelebihan STRIX punya series 970, system die boleh bertahan sampai 67°c tanpa kipas ON BRO!
Lebih yang lain standard lah, clocking speed mesti laju dari reference. Kalau tak de beza baik takyah letak STRIX tu kan? Dan kalau lagi teruk dari reference, baik beli standard GTX 970.
STRIX GTX 970 Start dari harga RM1399
STRIX GTX 970 menggunakan 10mm pipe DirectCU II Cooling tech. 40 % haba dibawa berlari2 anak dari GPU. Rekabentuk GPU Strix GTX 970 juga mampu untuk membebawskan haba lebih 220%. Yang paling penting 30% lebih SEJUK dan 3x lebih SENYAP dari reference GTX 970
dari series ROG sampai STRIX, hitam merah mmg mengancam..
Backplate yang lebih kurang dgn ROG series..
tengok IO ada 4 port.
- Display Port 1.2
- HDMI 2.0
- 2 DVI (DVI-D & DVI-I)
STRIX GTX 970 adalah sedikit tinggi berbanding referenc GTX 970. Kalau letak sebelah2, SLi slot STRIX GTX 970 tinggi sedikit berbanding reference. Panjang kad pn bertambah dari 10.5 inci ke 11 inci.
Still ada 3-way SLi
Reference GTX970 guna dual 6-pin PCI-E Connectors.
STRIX GTX 970 guna single 8-pin connector. So, STRIX GTX guna letrik kurang berbanding reference GTX 970. Better bagi pencinta alam dan eco-friendly.
Atau bagi yang kuat main game dan tak nak bil letrik melambung.
Bedah siasat. Nak bukak pon senang. 4 Skru kt backplate, then BOOM!
166 Watt je bro...so it is less power consumed. bagi yang nak upgrade GPU, tapi PowerSupply dah terbeli yang 500-600 watt je..Mohon angkat STRIX sekarang..
So untuk review yang lebih mendalam lagi aku cadangkan korang baca Guru3D untuk review yang lebih mantop. Siap ada thermal imaging lagi.
Lagi satu...aku belanja skit gambar EVGA Geforce GTX 980 HydroCopper punya line pulak
Meleleleleleleh bro...