Sunday, June 16, 2013

Konsep Asas Syariah

Setelah lama tak mengupdate blog,so hari ni aku update...sebab esok aku exam subjek ni...maksudnye sekali harung la... KREKKKK

Konsep Syariah Islam

Syariah dari segi bahasa bermaksud sumber air minum yang menjadi tumpuan orang ramai bagi tujuan meminum airnya atau menggunakan air itu untuk tujuan2 lain. Bak kata ibn Manzur, org arab takkan namakan satu sumber air tu syariah melainkan airnya sentiasa ada dan tidak akan putus..

Syariah juga diertikan untuk jalan yang lurus. Basically,asas bagi perkar tersbut merupakan sumber keselamatan bagi diri MANUSIA, sama ada FIZIKAL atau BATIN..

Syariah diertikan dengan APA SAHAJA SISTEM tentan hidup, sama ada diturunkan oleh Allah melalui RasunNYA ataupun yang diciptakan oleh manusia sendiri. Dalam konsep ini manusia biasa menyebut Syariah Musa,Syariah Isa,Syariah Buddha dan pelbagai lagi.

TAPI!!!!!istilah Syariah apabila digandingkan dengan perkataan Langit....(SYARIAH LANGIT) ia membawa maksud suatu sistem yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasulnya. Bagi mengertikan khusus sistem hidup Islam ia perlulan disebut dengan Syariah Islam atau Syariah Muhammad.


Nama  Lain bg Syariah

DIN: agama....berasaskan kepatuhan terhadapnya...
MILLAH : Agama...berasaskan autoritinya ke atas manusia...

Istilah2 Berkaitan

Fiqh

Fiqh ni bermaksud kefahaman para ulama tu sendiri terhadap isi Syariah itu,sama ada berasaskan nas wahyu seperti al-Quran dan al-Sunnah...ATAU...berasaskan sumber2 lain yang diiktiraf oleh syariah seperti ijma',qiyas,urf dan sebagainya...Fiqh disifatkan berbeza dengan syariah..

Dengan lata lainnya,ia bukannya sepenuhnya daripada ALLAH, sebab dalam fiqh terdapat kefahaman manusia itu sendiri..dengan itu,kebenaran sesuatu fiqh itu tdak semestinya mutlak,bersepadu,universal dan juga abadi...

Hukum

Hukum ialah norma2 yg dapat difaham daripada syariah..
Dihuraikan oleh Fuqaha sebagai "ARAHAN TUHAN/KHITABULLAH" yg berkaitan dgn perbuatan mukallaf. Dengan erti lain, Hukum ialah perintah Allah yang dapat difahami dari nas2 @ sumber2 yg diperakui oleh syariah...

Hukum terbahagi kepada 2 jenis:

1) Hukum yg dapat difahami jelas drpd nas al-Quran dan al-Sunnah.....dimana kefahaman manusia dalam perkara ini amat sedikit @ tiada langsung..Hukum2 ini boleh disifatkan sebahagian drpd syariah..
CTHnya : hukum Wajib Sembahyang,Haram Berzina dan sebagainya.

2) hukum yang lebih bersift Hasil Ijtihad Para fuqaha....Hukum ini tidak dianggap sbhgn drpd syariah....
Kepatuhan terhadapnya bergantung kpd kekuatan hujan yg berkaitan dgn syariah...
Biasanya disebut Hukum Ijtihad (Ahkam Ijtihadiyah)

Undang2

merupakan norma2 Hukum,dijadikan melalui proses perundangan tertentu...Melalui Mahkamah:Undang2 x bertulis @ Badan Perundangan: Undang2 bertulis...
Konsepnya sama seperti hukum...sbb prosesnya bergantung kpd prses penentuan hukum...
BEZANYA...hukum tak dijadikan utk dihayati oleh individu melalui proses beragama....smntara hukum dijadikan mlalui pntadbiran negara...



0 conteng tangan:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management