Saturday, June 22, 2013

BAB 2 : Perkembangan Syariat Islam

Perkembangan syariat Islam dah mula sejak penurunan di Mekah. Ia dibentuk oleh suasana setempat sepanjang sejarah sambil berpandukan al-Quran & Sunah.
So, Pembentukan hukum Islam ni terbahagi kepada beberapa fasa (OHSEM):

SO!!!!

FASA PERTAMA: MASA RASULULLAH

Rasulullah wafat setelah menyelesaikan tugasnya sebagai utusan Allah dan merupakan penutup para Nabi...Rasulullah menanamkan pelbagai nilai2 ketuhanan, kebenaran dan prinsip2 hidup masyarakat kpd manusia di alam semesta selama hayatnya...

Masa ni,pembentukan hukum di tangan rasulullah....Sumber hukum masa tu al-Quran..Bila ayat al-Quran tak turun ketika berlaku suatu masalah,Maka raslulullah dengan bimbingan allah akan menentukan hukum sendiri...

Yang terakhir ialah sunnah Rasulullah...Ijtihad juga merupakan sumber hukum selepas al-Quran dan Sunnah...tapi ijtihad Rasulullah kena dapat perakuan dari wahyu Allah...Rasulullah mmpunyai hak berijtihad...So,pada masa ni boleh dibahagikan kepada dua bahagian zaman..:


  • Zaman Mekah
    belaku selama 13 tahun...menitik beratkan soal tauhid kepada Allah...beriman kepada Rasul2 dan hari akhirat...Ini sebab akidah ni perkara yg paling asas untuk penerimaan pengajaran Islam sepenuhnya...tak kurg gak ia dapat tekankan soal2 berkaitan dgn pembentukan akhlak mulia..
    Hukum2 amali tak byk dibicarakan...kalau ada pun,ia hanay untuk mengawal akidah islam itu sndiri dari nilai2 syirik tinggalan masyarakat jahiliah..

  • Zaman Madinah
    Bermula dari detik hijrah Nabi Muhammad dgn beberapa org sahabat...masa ni turunlah wahyu2 yg berkaitan dgn hukum2 syariat (yeaaaayy).... macam2 persoalan yg dihadapi oleh manusia...tak sprti sblm ini zaman Mekah hanya fokus bhgn Akidah..
    Zaman ni dah mula peringkat Umat Islammembina negara Islam dgn tuntutan Wahyu....oleh itu Syariat Islam zaman Madinah ini berdasarkan ilmu wahyu (al-Quran & Sunah) tak lagi dianggap just tertum[u d pperkara tertentu..tapi ia dianggap dah sempurna dan lengkap....serta syumul semua aspek kehidupan manusia....

Fasa KEDUAAA: Khulafa arRasyidin

Zaman rasulullah..para sahabat mnghadapi mcm2 masalah hal hukum,merujuk terus kepada Rasulullah...Namun selepas Rasulullah wafat....rujukan tmpat tanya sudah tiada...sebab tu para sahabat besar  melihat kepada Ijtihad perlu dilakukan kepada masalah yg tidak dijumpai dalam Quran dan Sunnah...
Sebab lain,perluasan kawasan kekuasaan islam memerlukan Ijtihad disebabkan berbezanya budaya...

Oleh itu..para sahabat berusaha untuk berijtihad dan menjawab persoalan dengan hasil ijtihad...
Biasanya sahabat akan berkumpul untuk berbincang tentang persoalan itu....Namun jika sahabat berseorangan...sahabat akan melakukan ijtihad,SESUAI dengan prinsip2 UMUM yg dtinggalkan oleh Rasulullah...

Pembentukan hukum mse zaman ni masih lagi agak sama sbnrnya dgn zaman rasulullah...ia lebih bersifat aktual, dan bukan teori....Maksudnya....ketentuan hukum bg satu2 masalah terbatas pada kes tu je...Fiqh Sahabi juga memperoleh kedudukan yg sgt penting dalam khazanah pemikiran Islam...

Fasa ketiga:   Pertengahan abad 1H-awab abad 2H

Fasa pembentukan awal hukum islam....starting zaman uthman b Affan...shbt2 dah banyak merantau ke tempat2 luar daerah...masing2 mengajar a;-Quran dan sunnah...Masing2 sahabat menghadapi persoalan yg berbeza sesuai dgn keadaan masyarakat setempat....

Sahabat kemudian berhasil membina anak2 buah yg dipanggil Tabi'in....mereka ialah kaum muslim generasi kedua(mnjadi Muslim ditgn shbt Nabi)...zaman ini dianggap zaman paling atentik dlm sejarah Islam...juga disebut Salaf (Klasik)

Masa ni...Fiqh dah beranjak jd salah satu cabang ilmu Islam...Dsamping Fiqh...fasa ini jugamuncul ilmu Usul Fiqh...macam metod2 penetapan hukum telah berkmbang dalam fiqh,...dalam perkembangannya...hukum fiqh turun mnjawab soalan yg bakal terjadi,disamping mnjawab soalan semasa....Muncullah Fiqh Iftiradi (andaian futuristik)

masa ini juga...tampilnya Imam2 Mahab...perlbagai persepsi yg muncul...ada yg mengatakan tokoh2 ini muncul dgn sikap secara mandiri...namun tak jugak maksud generasi kedua ni bebas dari persoalan dan kerumitan...Zaman ini merupakan kemunculan pelbagai konflik politik sehingga menyebabkan berlakunya pembunuhan khalifah uthman...

Sunday, June 16, 2013

Perbezaan Antara Syariah & Fiqh

Syariah dan fiqh mempunyai perbezaan yang khusus.  

i. Syariah bersifat rabbani, atau ketuhanan kerana ia bersumberkan
wahyu. Manakala fiqh bersifat manusiawi kerana ia bersumberkan
kefahaman manusia.

ii. Syariah bersifat absolut disebabkan sumbernya yang satu, iaitu wahyu.
Tiada versi yang berbeza dalam syariat Islam, sedangkan fiqh bersifat 
relatif kerana lahirnya pelbagai pandangan yang berbeza antara ulama 
dan kesannya wujud mazhab yang pelbagai dalam khazanah hukum
Islam.

iii. Syariat Islam bersifat kekal sepanjang zaman dan tidak boleh berubah
sama ada dengan perubahan masa, suasana atau tempat. Sedangkan
fiqh bersifat dinamik dan berubah dalam melayani perubahan dan
perbezaan sosio-budaya masyarakat.  

iv. Syariat Islam bersifat universal atau umum, merentasi batasan masa, 
budaya dan negara. Ia sesuai dilaksanakan pada setiap zaman dan 
makan. Berbanding fiqh yang bersifat partikular, atau khusus kepada 
kawasan dan „urf tertentu. Kesannya lahir mazhab fiqh yang tertentu,
seperti mazhab Maliki dalam budaya masyarakat Hijaz, mazhab Hanafi
dalam budaya masyarakat Iraq dan mazhab Syafie dalam masyarakat
Mesir. Selain itu, nama mazhab juga dinisbahkan kepada sosok tokoh
dan ada juga kawasan tertentu seperti al-Tabari.

Ciri2 Syariat Islam

Rabbani,Dari Allah

Syariah Islam itu datangnya dari ALLAH kerana ia adalah wahyuNYA...kepada RASULNYA, Muhammad SAW....sama ada Matlu (al-Quran) @ Ghair Matlu (al-Sunnah)

Matlu : Wahyu yg diturunkan dalan bentuk pengertian ungkapannya sekali...seperti didalam al-Quran...
Ghair Matlu : Wahyu yg turun dalam bentuk PENGERTIAN shj...Ungkapan dibuat oleh Rasulullah..seperti dalam alSunnah...

Syariah Islam ni berbeza dgn Syariah Lain sbb :

1) Semua prinsip dalamnya bersifat sempurna,tak Zalim,tak mengikut hawa Nafsu...ini sebab semuanya datang dari Allah...Berbeza dgn SYARIAH MANUSIA....ia tak dpt lari dari kesilapan @ Kesalahan...Macam mana baik pun manusia...ia tetap juga cenderung kepada diri sendiri dalam menentukan pandangan...

2) Semua hukum dalamnya dihormati dan dipatuhi oleh Umat Islam atas dasar AGAMA....ketaatan @ penerimaan lahir dari lubuk hati yg yakin kpd kebenaran hukum berkenaan kerana IANYA DATANG DARI ALLAH

Pembalasan DUNIA & AKHIRAT

Ini bererti,dalam Syariah Islam....tiada siapa yg terlepas dari pembalasan atas perbuatanya..kalaupun dia dapat lepas...Still akan kena masa akhirat...

Berbeza dgn undang2 Manusia...Ianya bersifat keduniaan...jika terlepas,Maka terlepaslah...

Universal & Abadi

Syariat Islam ini tidak hanya untuk ummat Islam shj...TETAPI UNTUK SEMUA MANUSIA di alam ini...
Syariah itu TETAP WAJAR dan berkuat kuasa sejak drpd ia diturunkan smpai kiamat...ia takkan dibatalkan @ digantikan dgn mana2 Syariah Langit yg lain sbb ia adalah Syariah Langit yg terakhir(PENYUDAH)

Komprehensif(Bersepadu)

Syariah Islam itu Syumul,Lengkap,dan Merangkumi semua aspek dalam kehidupan...

Ulama membahagikan nilai2 ini kepada 3 Aspek:

1) Nilai2 yg berkaitan dgn Akidah @ pegangan hidup...Nilai2 ini dipelajari drpd Akidah,Tauhid, & Ilmu Kalam....Disebut juga sebagai usuluddin...

2) Nilai2 yg berkaitan dgn Akhlak @ sifat peribadi manusia....ia Menyentuh soal sikap...cthnya, Bercakap benar,amandah dn lain2...Dipelajari drpd subjek2 Akhlak & Tasawwuf...

3) Nilai yg berkaitan dgn kelakuan AMALI manusia...dalam bentuk perbuatan@ perkataan..
Merupakan hasil drpd natijah,pgangan hdup & sikap peribadi yg dibentuk melalui akidah dan tarbiyah AKHLAK...dibahagi pula kepada dua bhgn..

  • a) Merangkumi Hal2 ibadat mcm smbahyang...Puasa...zakat,Haji DLL...hal2 yg berkaitan dgn hubungan manusia dengan ALLAH...
  • b) Merangkumi hal2 Hubungn manusia Dengan Masyarakat...Diistilahkan dgn ADAT @ MUAMALAT...

then...seterusnya...


PRINSIP2 UMUM SYARIAH ISLAM

1) Mempermudahkan ke atas MUKALLAF

Dapat difahami secara UMUM dari keetentuan2 hukum yg ada dalam syariah berkenaan...Diperjelaskan juga oleh beberapa nas dalam al-Quran dan Sunnah...Maksudnya, ianya satu perkara yg sangat basic & diambil perhatian yg sgt berat dlm Syariah Islam...

وما جعل غليكم في الدين من حرج

"Agama itu Mudah. Tiada siapa yg cuba memenuhi kehendak agama kecuali dia boleh melakukannya"

Malah,baginda sendiri diriwayatkan sbg sentiasa memilih yg mudah apabila ada pilihan selagi tidak melibatkn dosa...

oleh itu,ternyata bhw Syariah ISLAM itu mudah dan memberi kemudahan kepada mukallaf dalam melaksanakannya...TETAPI...

ia tidaklah bermaksud tidak ada bebanan langsung dalam melaksanakan Syariat Islam...oleh itu Fuqaha membahagikan Definisi kesusahan itu kepada dua:

  • 1) Masaqqah(Beban) yg biasa dn mmpu ditanggung oleh manusia,dan utk terus melaksanakannya tidak membawa apa2 kemudahan kepada tubuh bdn atau harta mereka..Ia merupakan salah satu konsep penugasan (TAKLIF) itu sendri...Cth beban ini adalah sembahyang,zakat,puasa,Haji dan sbginya...

  • 2) Masyaqqah yg sgt berat utk ditanggung dn sgt susah melaksanakannya...misalnya berpuasa sepanjang hayat,membelanjakan semua harta pd jalan Allah...dn sbginya...
    Masyaqqah ini tidak ada dalam Syariah Islam...sebab ianya bertentangandengan prinsip Toleransi tadi...

2) Bebanan yg minimum

bebanan dalam Syariah islam sgt sedikit...sehinggakan ianya tidak begitu membebankan..Cth:
Dalam dasar Syariah Islam,sesuatu itu Halal,kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Nas, sma ada secara LANGSUNG @ tidak LANGSUNG...

Malah,kewajipan2 bagi memenuhi keperluan agama pon bersifat minimum...cthnya smbhyang 5 kali je sehari...masa solat pon pendek je...paling panjang dalam 15 minit...Puasa bulan ramadhan...1 Bulan je dalam setahun...Zakat, 2.5% je dari harta yg mencapai kadar nisab..Haji pula...SEKALI seumur hidup..bagi mereka yg MAMPU...

3) Mensyariatkan secara ansur2

Maksudnya...penentuan hukum dan penetapan dlmnya adalah secara ansur2....dan bukannya datang gedebuk serentak..tujuannya adalah untuk MEMUDAHKAN pada pelaksannya :D

pendekatan TADARRUJ ini digunakan oleh Syariah Islam untuk menentukan keseluruhan hukum yg terdapat dalamnya & juga untuk mnentukan sesuatu Hukum yg tertentu...

CTHnya: 

1) Penentuan hukum seluruhnya Syariah Islam, tidak mewajibkan pelaksananya melakukan sekaligus. Tetapi ditentukan dari semasa ke semasa secar beransur2...mcm al-Quran juga...ianya tak turun sekali gus..tetapi secara beransur2...

2)Cth lain...sembahyang...peringkat awal solat ianya dwajibkan 2 kali sehari...waktu pagi dan waktu petang...kemudian baru jadi 5 hari...dengan 2 rakaat setiap waktu kecuali maghrib 3 rakaat...kemudiannya barulah mengikut jumlah rakaat seperti sekarang...


Konsep Asas Syariah

Setelah lama tak mengupdate blog,so hari ni aku update...sebab esok aku exam subjek ni...maksudnye sekali harung la... KREKKKK

Konsep Syariah Islam

Syariah dari segi bahasa bermaksud sumber air minum yang menjadi tumpuan orang ramai bagi tujuan meminum airnya atau menggunakan air itu untuk tujuan2 lain. Bak kata ibn Manzur, org arab takkan namakan satu sumber air tu syariah melainkan airnya sentiasa ada dan tidak akan putus..

Syariah juga diertikan untuk jalan yang lurus. Basically,asas bagi perkar tersbut merupakan sumber keselamatan bagi diri MANUSIA, sama ada FIZIKAL atau BATIN..

Syariah diertikan dengan APA SAHAJA SISTEM tentan hidup, sama ada diturunkan oleh Allah melalui RasunNYA ataupun yang diciptakan oleh manusia sendiri. Dalam konsep ini manusia biasa menyebut Syariah Musa,Syariah Isa,Syariah Buddha dan pelbagai lagi.

TAPI!!!!!istilah Syariah apabila digandingkan dengan perkataan Langit....(SYARIAH LANGIT) ia membawa maksud suatu sistem yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasulnya. Bagi mengertikan khusus sistem hidup Islam ia perlulan disebut dengan Syariah Islam atau Syariah Muhammad.


Nama  Lain bg Syariah

DIN: agama....berasaskan kepatuhan terhadapnya...
MILLAH : Agama...berasaskan autoritinya ke atas manusia...

Istilah2 Berkaitan

Fiqh

Fiqh ni bermaksud kefahaman para ulama tu sendiri terhadap isi Syariah itu,sama ada berasaskan nas wahyu seperti al-Quran dan al-Sunnah...ATAU...berasaskan sumber2 lain yang diiktiraf oleh syariah seperti ijma',qiyas,urf dan sebagainya...Fiqh disifatkan berbeza dengan syariah..

Dengan lata lainnya,ia bukannya sepenuhnya daripada ALLAH, sebab dalam fiqh terdapat kefahaman manusia itu sendiri..dengan itu,kebenaran sesuatu fiqh itu tdak semestinya mutlak,bersepadu,universal dan juga abadi...

Hukum

Hukum ialah norma2 yg dapat difaham daripada syariah..
Dihuraikan oleh Fuqaha sebagai "ARAHAN TUHAN/KHITABULLAH" yg berkaitan dgn perbuatan mukallaf. Dengan erti lain, Hukum ialah perintah Allah yang dapat difahami dari nas2 @ sumber2 yg diperakui oleh syariah...

Hukum terbahagi kepada 2 jenis:

1) Hukum yg dapat difahami jelas drpd nas al-Quran dan al-Sunnah.....dimana kefahaman manusia dalam perkara ini amat sedikit @ tiada langsung..Hukum2 ini boleh disifatkan sebahagian drpd syariah..
CTHnya : hukum Wajib Sembahyang,Haram Berzina dan sebagainya.

2) hukum yang lebih bersift Hasil Ijtihad Para fuqaha....Hukum ini tidak dianggap sbhgn drpd syariah....
Kepatuhan terhadapnya bergantung kpd kekuatan hujan yg berkaitan dgn syariah...
Biasanya disebut Hukum Ijtihad (Ahkam Ijtihadiyah)

Undang2

merupakan norma2 Hukum,dijadikan melalui proses perundangan tertentu...Melalui Mahkamah:Undang2 x bertulis @ Badan Perundangan: Undang2 bertulis...
Konsepnya sama seperti hukum...sbb prosesnya bergantung kpd prses penentuan hukum...
BEZANYA...hukum tak dijadikan utk dihayati oleh individu melalui proses beragama....smntara hukum dijadikan mlalui pntadbiran negara...



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management