Tajuk ni terdapat dalam matapelajaran Usul Fiqh..(sedang berusaha belajar)
Tajuk yakin la yuzalu bisyakki ini di bawah tajuk Qawaid Fiqhiyyah...
Dan serius senang kalau nak belajar...
dan serius pelajaran ni...
memudahkan lagi kita untuk buat ibadat..
Baru tau,rupanya banyak perkara yang menyenangkan dalam ibadat..
ibadat bukanlah sesuatu yang membebankan...
Al-yaqin la Yuzalu biSyakki..
sesuatu perkara itu tidak terbatal hanya dengan ragu-ragu
contohnya...kamu berwudhuk pada waktu maghrib...
dan terus membawa ke waktu isya'..dan kamu ragu-ragu..
adakah kamu sudah terbatal atau tidak..
jadi,kaedahnya wudhuk kamu dikira masih ada...
ini kerana asalnya kamu telah berwudhuk (pada waktu Maghrib)
dan kamu hanya ragu2 yang kamu sudah terbatal...
so,boleh sembahyang isya' dengan menggunakan wudhu maghrib...
jadi...senangkan...siapa kata ibadat itu susah...
contoh yang kedua...hal tanggungjawab..
seorang pemuda dituduh bersalah atas kesalahannya...
die diminta bersumpah jika betul beliau tidak melakukannya..
jika dia tidak mahu bersumpah...dia tidak boleh dikira bersalah...
Perlu disiasat sehingga jumpa bukti yang membuktikan dia bersalah..
baru boleh pemuda itu disabitkan dengan kesalahannya...
Ini kerana,asalnya pemuda itu memang tidak melakukan kesalahan...
Dan hanya keraguan dan Syak bahawa pemuda itu yang melakukan kesalahan itu...
So,dia tidak bersalah sehingga datang bukti kukuh mengatakan dia bersalah...
Dan sering juga tertanya2...
kenapa orang kata hukum hudud itu kejam dan sebagainya...
Hukum Hudud adalah satu ketetapan(Had) dari Allah...disebut dalam al_Quran secara jelas...
siapa kita untuk tidak melaksanakan...
dikira Syirik besar jika seseorang itu tidak melaksanakan undang2 Allah...
aku cakap sahaja...aku tak punya kuasa untuk ubah apa2...
aku tak punya pangkat untuk kata apa2..
Moga Allah bukakan pintu hati Si dia dan Si dia dia dia~