Monday, November 30, 2009

Cinta-Cinta-Cinta

u know i cant smile without u
i cant smile without u
i cant laugh
and i cant sing
finding it hard to do anything

u see i feel sad when ur sad
i feel glad when ur glad
if u only knew what im going through
i just cant smile without u

Mungkin orang selalu kata yang cinta ini sesuatu yang indah. Indah ke bila perempuan yang kita cintai itu indah hanya pada paras rupa. Cinta itu selalunya indah,tapi manusia yang berakal akan mengubah cinta itu menjadi seburuk-buruk rupa yang kita boleh bayangkan. Semua yang diciptakan olehNya adalah indah-indah belaka. Kita juga adalah sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini. Tetapi adakah kita telah berjaya menjadi makhluk yang sebaik-baik di ciptakan. Aku juga tidak tercapai. Ingatlah bahawa cinta itu hanya samaran sementara kepada maksiat. Kita boleh mengubah cinta menjadi yang Halal. Semuanya terletak kepada tangan kita yang masih bisa berfikir dengan baik.

Aku pun masih mencari apa itu cinta yang sebenarnya. Tetapi masih x jumpa-jumpa. Setiap yang kita mahu perlulah disertakan dengan niat yang baik dan juga usaha yang gigih. Sesuatu yang indah perlukan satu pengorbanan. Pengorbanan yang dimaksudkan di sini bukanlah satu bentuk upacara 'sacrifice' yang diamalkan oleh ajaran sesat. Pengorbanan di sini adalah kita harus mengorbankan perlakuan kita yang sudah menjadi kebiasaannya. Kebiasaan yang baik boleh di amalkan,tetapi yang kurang baik harus ditinggalkan.

Andai kata kita telah mendapat seorang jodoh yang baik,mungkinkah kita cukup baik buat jodoh kita? Jika kita mendapat jodoh yang sempurna agama dan paras rupa,adilkah kita yang masih di takuk lama? Cukup bernasib baik jika kita dapat jodoh yang diinginkan. Seterusnya apakah itu cinta masa remaja. Semua orang pasti atau sudah melalui zaman kegemilangan hidup manusia. Zaman remaja dianggap kegemilangan dalam hidup seorang insan. Pada masa ini lah manusia harus memilih sama ada masih ingin berlagak kebudak-budakan atau mengubah pendirian untuk menjadi seorang yang lebih matang.

Ramai diantara rakan aku yang berkata hidup zaman remaja ada x sampai 10 tahun. Jadi enjoy lah! Dan aku tak takut untuk mengatakan ramai akan bersetuju dengan pernyataan ini. Ada juga yang beranggapan masa remaja ini pendek. Masa dewasa lagi banyak. Enjoy kat zaman remaja lah. Aku pun suka dengan pernyataan ni. Macam hebat. Tapi bila kita tengok balik dalam hidup ni,jangka hayat x menentu. Tambahan pula semakin bertambah zaman semakin berkurang jangka hayat manusia. Jika dilihatkan ini ada betulnya. Cuba kita renung kembali pada zaman dahulu. Manusia boleh hidup sehingga 1000 tahun. Zaman sekarang,seseorang yang mencapai hidup sehingga 80 tahun pun sudah cukup bertuah. Jika umur 80 tahun pun dah berkerut berkedut-kedut muka,apatah lagi 920 tahun lagi.

Zaman remaja dalah waktu yang paling banyak kita dilanda dugaan dan musibah. Masa ini kita mula mengenal erti cinta. Semua orang nak berpasangan. Aku pun macam tu. Kalau kata kita x de kapel. Eh,mustahil lah,takkan x de kot. Ini lah yang biasa di cakapkan oleh remaja sekarang. Ada juga yang malu jika tak bermakwe atau berpakwe. Yang ini aku tak pernah rasa. Tapi ada kawan aku yang rasa macam tu. Aku nak nasihat pun x tercapai di akalmu. Nasihat kene banned,x buat pape rasa simpati pulak kat budak tuh. Rasa terbeban kerana x de kapel. Akhirnya,asal ada orang yang minat pun jadi lah. Oleh kerana itu lah kita sering melihat pasangan yang kita anggap tak menarik dan tak sepadan langsung. Ini disebabkan oleh perasaan yang tak sabar-sabar nak merasakan bahagia alam percintaan. Ada yang kita lihat satu berisi satu lagi kurus. Ada yang elok paras rupa tapi perempuannya bukan nak cinta,tetapi nak harapkan belanja sahaja. Begitu juga sebaliknya.

Aku pun tak sabar-sabar nak merasakan zaman percintaan. Aku nak merasakan alam percintaan tuh macam mana. Aku pun nak jugak rasa macam mana agaknya rasa bangga bila berkapel dengan anak orang kaya yang mempunyai paras rupa yang jelita. Jika aku dapat macam tu,aku tengah mimpi la tuh. Susah untuk menharapkan perkara perfect dalam dunia. Semua tu hanya wujud di syurga sahaja. Kalau kita berjaya ke tempat ini,kita boleh dengan senang lenang mintak sesuatu yang sangat perfect. Makanan rasa tak ada langsung cacat cela. Bidadari sehinggakan tak kelip mata memandang. Pada masa ini pergi lah main dengan puas hati kerana kamu dah susah payah di dunia.

Aku tau cakap memang senang. Talk is cheap. Pakcik jaga pun boleh bagi ceramah mengalahkan pensyarah di universiti antarabangsa yang lain. Tapi setiap perbuatan harus disertakan sekali dengan perbuatan,praktikal yang selalunya kita tak mampu nak buat. Tapi benda macam ni x mustahil. Tak de mende yang mustahil. Yang Confirm mustahil mati hidup balik jer.
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management