Friday, December 19, 2008

Kalau kaU nAk TaU sAngaT

Andainya perempuan tahu.........

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

* Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

* Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

* Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

* Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)

* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

* Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

* Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Secret of lof

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang kamu inginkan akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati itu adalah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "Apa yang aku hormati dalam diriku ?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri,"Apa yang aku hormati dalam diri mereka ?"

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?" dan bukan "Apa yang akan aku dapat".

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu ?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama; yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.

10.Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Cinta itu senI?

Seni Berfikir

* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.

* Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman,barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.

* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan.Tanpa pedoman,cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup,iaitu ISLAM.

* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda,cinta juga adalah amanah.Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.

* Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai.Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.

* Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.

Seni Merasa

* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.

* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.

* Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.

Seni Bertindak

* Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta.Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta,barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.

* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.

* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya.Mudah- mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.

* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.
Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta.
Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata,'Cinta Itu Buta'
Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.

Perkahwinan Bahagia Ialah???

Bahan-bahannya:

2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk
penawar dan pelembut hati.
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing2, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan
kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting
utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja berpasangan
dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:

1. Kita adun dgn cermat semua bahan2 di atas dan asingkan rasa
cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn
bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut
selera dan kemampuan diri masing2.

Peringatan:

Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa.
Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin
akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang.
Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat
peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap
kekal.
Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk
perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan
kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar
pun pancaroba yg melanda.

50 tips Pikat kAuM AdaM

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Monday, December 8, 2008

cerita episod 1

Semua perkara mesti ada cerita,semuanya mesti ada asal usul kejadian… Begitu juga cerita aku. Siapa aku sebenarnya? Siapa aku pada kamu? Semua hanya akan menjadi persoalan misteri. Ini adalah cerita tentang aku yang bernama Zaim. First of all,nama aku Zaim. Tak perlu cerita tentang diri aku banyak-banyak. Cuma tentang perjalanan aku sahaja yang penting. Semuanya bermula ketika aku habis darjah 6. Masuk form 1 kat sekolah berdekatan dengan rumah aku. All seems perfect to me. Masa tu tak diagihkan lagi aku masuk kelas biasa atau kelas Rancangan Khas. 

All of the sudden ak di jmput dengan hormat dapat masuk ke kelas tuh. Automatik juga aku akan ambil matapelajaran arab untuk PMR. Hots isnt it. Many people start to talk yang bahasa Quran ni susah. Same goes to me. Yang faham Cuma maksud salam dengan kalimah basmalah. Tu je la pun yang faham. Yang lain haram laa. Bila dah masuk kelas tuh,kena push all of my energy sekali dengan brainstorming untuk bahasa arab ni. Tiba-tiba dapat pula ustaz bahasa arab yang best tak terkata. Tu la yang orang cakap,luck stay with you if you believe. Jadi semua cemerlang arab. Until bulan 3 tahun 2005,aku dapat surat tawaran untuk masuk ke Sekolah agama sekitar perak(tak boleh nyatakan nama,nanti kena saman).

Then,aku rasa seronok la sebab ramai kawan sekelas masa sekolah rendah dulu dapatmasuk sana. Tapi cabaran utama ialah duduk asrama. Kenapa sekolah bagus kena ada asrama? Entahlah,masa tu hingusan lagi. Biarla,aku x de la amik kesah sangat. First day aku mula masuk,best la jugak. Makan kt dewan makan yang gabak besar gilaaaaa. Tapi salah satu kelemahan dewan makan ni baunya tak boleh nak tahan whoa. Kalau x percaya tanya la sapa-sapa yang pernah sekolah kat sini(sila tanya yang mengenali daku sahaja). 

 Makanan boleh tahan,tapi bau tak tahan sangat. Ya,salah seorang yang amat popular kat dewan asrama serta pejabat penyelia asrama adalah seorang perempuan. Nama gelaran Ibu Yah,nama sebenar x tau pun. Sebab semua orang dah panggil die ngan nama manja tuh.
Start masuk kelas,aku kelas 1K. Guru kelas kat sini nama panggilan Ruzem. Perghh,sembang dulu wartawan tuh. Tak tau la pulak wartawan betul ke x. Makcik aku wartawan gak, tapi tak kenal pun si Ruzem nih. Ayat-ayat dia yang paling melekat dalam minda aku ialah “saya kalu bab panjang memanjangkan cerita memang pakar. Jadi,semua kelentong kamu saya dah tau dah”. Pergh macam shaman gua cakap. Kita terus skip cerita sampai tengah tahun. Satu insiden yang paling best masa form 1. Cerita main Counter Strike kat banggunan sekolah. Best bai,kalau x percaya try la. Memang x puas gak men dulu. Nak men masa sekarang dah besar. Haha.

Alat-alat yang wajib ada untukpermainan ni gelang getah secukupnya untuk ahli kumpulan masing-masing. Alat yang kedua ialah peluru kertas. Amik kertas dalam saiz disket,koyak dua sama rata. Gulung-gulung macam nak buat rokok daun,pastu bengkokkan kat tengah-tengah. Lastik laa kat musuh masing-masing. Memang best sampai ada yang sanggup beli gelang getah satu pelastik tuh. Memang kaw-kaw la aku cakap. Dah hampir seminggu kitaorang men permainan nih. Pada hari sabtu,kitaorang pun main la macam biasa,sebab dah jadi rutin harian petang-petang men benda nih. Memang x rasa apa-apa hari tuh. Tapi apakan daya,malang memang tak pernah berbau. Tengah syok-syok men lastik-lastik…..

“WOI!!!!SENYAP LA FORM 1”

Huuh!!! Semua nak lari. Brother Deris datang ngan Brother Din. Alamak,kantoi! Bro Deris ngan Bro Din nih form 4. Kiranya pemimpin form 1 la,sebabnya form 2;from 5 dah amik alih. Aku terus mencicit lari. Mana nak pergi nih?? Haaa!!! Pusat sumber. Aku terus la masuk pusat sumber,kebetulan pulak masa tuh pegawas pusat tengah kemas kan buku. Aku masuk terus menuju stor simpanan buku yang dah out date. 

Tapi sepandai pandai tupai melompat,dia x kan dapat lompat setinggi KLCC sebab dia akan jatuh ke tanah jua oleh tarikan graviti bumi. So jawapannya aku kantoi ngan Bro Deris,perghh memang cuak la. Tahan la kena maki hamun dalam kelas kitaorang. Sebab port main kat aras tuh. Masing-masing buat muka insaf. Dah nama pun smka,memang insaf la. Tapi bila permainan tuh dah diharamkan,kitaorang pun mula la reka permainan lain yang lebih best.hahah. Kitaorang main aci kejar macam zaman sekolah rendah dulu. Best wo,tak percaya try laa..

ahakszzzz. 

Tapi masa main permainan ni agak sediyh gak laaa. Punya la nak lari dari kawan, lari la kat tempat perempuan. Malang tak berbau.

Screeeettttt!!!!

Alamak,baju sangkut tingkap. Alamak,koyak. Aaaaaaaaa,lari sekuat yang mungkin la aku. Aku terus masuk tandas. Kawan-kawan lain ikut la aku masuk dalam tandas.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

“Wei,orang suruh lari,bukan lari sangkutkan baju kat tingkap”
Hampeh punyer kawan,main-main pulak deme nih. “Wei,tolong la aku. Dah la tak pakai t-shirt dalam ni. Wei,pinjam t-shirt dalam ko jap Nici.”
“Nah,cepat sikit. Aku tunggu kat sini.”
“Okey,trimas.”

Aku pun apa lagi,mencicit la lari balik asrama. Sesampainya aku kat asrama,ada halangan yang kedua menanti aku. Ingat senang ke nak masuk asrama waktu persekolahan? Cabaran yang aku perlu tempuhi sekarang ni ialah bebelan si penyelia asrama,Ibu Yah. Nak tak nak aku kena hadapi jugak la.

“Ibu Yah,saya nak masuk asrama”
“Ni kenapa tak pakai baju sekolah ni! Nak tunjuk samseng ya?”
“Bukan Ibu Yah,baju saya koyak tersangkut kat tingkap tadi.”
“Macam mana boleh tersangkut? Orang suruh pergi sekolah untuk belajar,bukan main-main! Dah,pergi naik cepat”
“Terima kasih Ibu Yah.”

Fuuuh,membebel tahap karma raksasa punya la. Nak meletus gegendang telinga aku. Halamak,masalah betul la dapat penyelia asrama macam nih. Aku terus naik masuk dorm. Perlahan-lahan pintu loker aku bukak. Segera aku mencapai baju sekolahku dan terus turun.

“Terima kasih Ibu Yah. Saya pergi dulu.”
Aku terus lari balik ke tandas aras form1. Nici masih ada dalam tandas.
“Nah Nici,trimas bro.”
“No hal.”

Lepas kejadian tu aku dah serik dah nak main lari-lari. At the end of that year,aku mula belajar rajin sikit dari biasa. Rajin banyak la senang cerita. Susah bro periksa kat smka kalau selalu main-main macam aku nih. Akhir tahun tu aku try the best yang aku boleh untuk dapat sebanyak A yang mungkin. Cuak juga sebab aku pernah buat si Ruzem merajuk tu. Wahahaha. Macam-macam perkara yang kalau dikenangkan balik,buat aku ketawa kaw-kaw punyer. 

So,disebabkan usaha aku yang melampau,aku berjaya la jugak. Atleast aku dapat la banyak A. Sistem smka ni suruh budak-budak belajar sendiri. Cikgu tak tolong punya. Cikgu-cikgu anggap kami ni budak pandai-pandai,tak payah belajar sangat.
So,everything is on you. Semua kena kat aku punya usaha. Tu la pasalnya kalau kamu semua perasan,orang2 yang masuk smka tak banyak yang keluar cemerlang. 

Tapi bukan semua smka. Banyak smka yang bagus2 sebenarnya. Cuma smka aku sahaja,yang agak pelik sikit. Semenjak pertukaran kuasa pengetua,pertukaran kuasa penolong kanan dan pertukaran ketua warde yang membuatkan semua ni kucar kacir.agak macam haram jugak la.
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management